10 June 2013

Mr Hubby & Baby Harriz




Both are my heroes. Love them sooooo much!

I kan berpantang  kat rumah parents I kat Penang. Then,  Mr Hubby balik sini pun 2 minggu sekali je. Nak buat macam mana kan, sebab Saturday minggu yang ganjil Mr Hubby kena kerja. So, terpaksalakan... Huhu...

Jadinya, bila Mr Hubby kat sini, memang dia melekat je la ngan Baby Harriz.. Malam-malam pun Mr Hubby yang tolong tengokkan and jaga Baby Harriz. So, dapatla I rehat lebih sikit kan.. Lagipun, niela masanya Mr Hubby nak dekatkan diri and luangkan masa ngan Baby Harriz. Yela, nanti 2 minggu pulak baru boleh jumpa balik kan.



See, alhamdulillah, bertuah sungguh la I dapat husband macam Mr Fly nie kan... :P Hehehe.... Moga-moga berterusan sampai bila-bila la ye..... ;P

Cheersss!!!

8 June 2013

Day-20 – Baby Harriz Makin Membesar :)



Day-20 (25 May 2013), nurse from Klinik Kesihatan Perai datang rumah check-up I and Baby Harriz. Guess what, Baby Harriz dah makin membesar... He is now at 4kg!! Mama sangat happy tengok anak mama cepat membesar.. Semoga Baby Harriz akan terus membesar dengan sihat... Mama sayang sangat Baby Harriz.. J

Baby Harriz day-20

Cheersss!!

7 June 2013

Day-18 – Langgar Pantang & Tupperware



Fine, I dah start langgar pantang larang berpantang nie..Huhu... Nie semua tupperware punya pasal la... (Alasan sebenar dah boring memerap kat umah).. Hehe....

Hari ke-18 berpantang (23 May 2013), my mom dah bawak I and Baby Harriz pergi shopping tupperware... Baby Harriz baik je, tak meragam langsung... Tido je dari keluar rumah sampai la dah sampai kat rumah pun Baby Harriz tido je...



Hasil shopping tupperware hari nie, tadaaaaaa....


  
Cheersss!!

Baby Harriz And Lesung Pipit



I mengaku, I memang obses sangat dengan my baby. Ye la, my first baby kannn.... So, layan je la ek...hehe...

Ok, apa persamaan kedua-dua gambar nie?? Yupp, Baby Harriz ada lesung pipit sebelah kiri pipinya!

Cheerrsss!!!!

5 June 2013

Day 14 – Pusat Dah Jatuh, Yippiee!!





 Yippie!! Pusat Baby Harriz dah jatuh pada hari ke-14... Lama betul nak tunggu pusat Baby Harriz luruh.. My mak bidan bagitau, semakin lambat pusat baby jatuh, semakin panjang la umur baby tersebut. Sejauh mana kesahihannya, wallahualam.. :P

My mom pesan suruh simpan baki tali pusat tersebut elok-elok. Kata orang tua-tua, kalau anak kita terlalu degil, ubatnya > rebus baki tali pusat tue and bagi anak kita minum air rebusan tue<< Sanggup ke macam tue?? Huhu..  Lagi satu, kata orang tua-tua, baki tali pusat kena simpan dalam karung yang sama untuk semua adik-beradik. Tujuannya, supaya adik-beradik boleh bersatu-padu, bekerjasama and berkasih-sayang sesama mereka. Tapi, sejauh mana kesahihannya, wallahualam la kannn...

As for me, kalau nak simpan tue takder masalah la.. Nak simpan sekali dengan adik-adik Baby Harriz nanti pun takder masalah, insyaAllah.Tapi if Baby Harriz degil, memang fikir 100 kali la nak guna cara tue..Memang tak sanggup nak bagi dia minum air rebusan tue..  Hurmmm, terfikir jugak, ada ke mummy-mummy yang betul-betul buat cara macam tue?? Huhu... Hopefully Baby Harriz akan menjadi seorang anak yang mendengar kata Mama and Abahnya... J

Cheersss!!!


4 June 2013

Day 9 – Check up Mama & Baby Harriz



14 May 2013, I ada appointment dengan Dr Ramesh & Baby Harriz pun ada appointment dengan paeds doktor, Dr Francis kat KPJ. I and Baby Harriz kena buat folow up check up jela.. Kiranya nie first time nak keluar dalam pantang la..huhu..

Dr Ramesh kata, I  dah ok, cuma nak tunggu luka betul-betul kering and kena continue makan supplement yang diberi. Lepas nie dah takder check up apa-apa lagi, just kalau nak buat ujian pap smear kena datang after raya nanti.

As for Baby Harriz, Dr Francis pun cakap Baby Harriz ok. And guess what, at day-9, berat Baby Harriz dah pun 3.5 kg!! Cepatnya anak mama membesar!

 Baby Harriz and tok

Cheerss!!

3 June 2013

Happy 27th Birthday Dear Hubby



~This post specially dedicate to Mr Hubby~


Dear Hubby,
Your birthday reminds me of how lucky I am,
Not because of the house and cars,
Not because the clothes and jewelry,
But because of your never ending love,
And your ever sizzling hotness...
Happy birthday to the most loving and hottest husband in the world!!

Cheersss!!!

1 June 2013

Baby Harriz Selepas Dilahirkan




Sedihhh tengok video nie... Nielah Baby Harriz beberapa jam selepas dilahirkan.. Kesian Baby Harriz, mengalir air mata mama setiap kali tengok video nie... Mama kesian anak mama kena cucuk sini sana, wayar berselirat kat badan, tangan and kaki, mama paling tak sanggup tengok anak mama perlukan bantuan oksigen...Mama sedih sangat!!

Baby Harriz jadi macam nie sebab doktor suspect Baby Harriz dah tertelan najis masa dilahirkan. Doktor suspect je, tapi bila dah buat x-ray semua, takder pun... Alhamdulillah Baby Harriz dah boleh discharge on 8 May 2013, after 2 nights kat hospital... Mama lega sangat-sangat Baby Harriz tak apa-apa... Alhamdulillah... J

Cheerss!!!