Ingat lagi tak masa I post pasal wedding anniversary trip yang terpaksa di cancelkan ... Luckily sangat Mr Hubby sangat baik hati nak replace anniversary trip kitorang... :) :) :) Yippiee yippiee!!
Trip kitorang kali nie memang tak dirancang sangat pun. Mr Hubby bagitau nak tido hotel and tengok bunga api je, tapi at the end our trip dah melarat sampai ke selatan tanah air lak..Hehe...
Alkisahnya, beberapa hari sebelum Hari Merdeka Mr Hubby suruh I ambil leave on 30 August 2013, katanya ada surprise...Surprise la sangat kan....I dah agak plan dia sebab pagi tue kitorang tengok MHI and ada diorang cerita pasal Pertandingan Bunga Api Antarabangsa yang akan berlangsung kat Putrajaya & the first day of the competition was on Merdeka night. Actually, few years ago Mr Hubby and I dah pasang niat that one day kitorang nak tido hotel yang berdekatan dengan tempat sambutan Hari Merdeka atau New Year, so that kitorang boleh tengok bunga api from hotel room.
So, on 30 August, me, Mr Hubby and Baby Harriz pun gerak la ke Putrajaya. Kitorang check-in kat Pullman Putrajaya Lakeside. Best ke tak best hotel nie, tak payah cerita la kan...sebab hotel nie memang terbaik!! Tempat cantik, servis and facilities sangat superb! I likeee... Apa yang terbaik sangat hotel nie, meh nak cita sikit... Mr Hubby dah booking room through expedia.com, tapi ntah macam mana our booking tak masuk dalam sistem Pullman. Sementara tunggu diorang setel, diorang serve kitorang ngan complimentary drinks (orange & mango juice yang sangat kawww). Okla, biasa la ngan complimentary drinks tue kan... Disebabkan hotel staff tue cakap it will takes around half an hour, so kitorang gie la lepak kat opis my dad kat Presint 3. Dah sejam camtue, kitorang balik hotel and guess what...The staff cakap jenis bilik yang kitorang booked tue dah penuh. And they will replace with one bedroom apartment.. Memang terbaik sangat la.. Rezeki Baby Harriz la tue... Mr Hubby booking bilik yang paling murah je (superior) tapi at the end kitorang dapat bilik yang rate nya double and the best part kitorang tak dikenakan any extra charges...
So, malamnya kitorang pun lepak la kat tepi tasik Pullman nie, which Pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2013 tue memang berlangsung kat situ. Plan asal nak tengok from hotel room je, tapi risau lak nanti kalau tak nampak clear kann... Persembahan pertama pertandingan nie adalah dari Malaysia. 30 minit persembahan, memang berbaloi-baloi la...
The next day, tengahari tue kitorang pun checkout la from Pullman.. Before tue, bergambar la dulu sekitar Pullman nie..
Nie la tempat kitorang tengok bunga api malam tue..
So, sesiapa yang nak datang bercuti kat Pullman nie, laii laiii... Memang terbaik and superb.. Tak der komen lagi dah.. Hehe....
Ok, habis cerita pasal Pullman.. Lepas jer check out, Mr Hubby dok bagi hint nak ke Batu Pahat, nak makan nasi beriani kat sana..Amboi you, makan nasi beriani sampai kat Batu Pahat gitu... Tapi, bila kitorang tengok trafik, jem teruk sangat nak ke selatan. So, I pun ajak Mr Hubby jalan-jalan Putrajaya dulu. Disebabkan dah lama teringin nak naik Cruise Tasik Putrajaya, I pun ajak la Mr Hubby ke sana. Luckily, hari tue ada pulak sambutan ulangtahun ke-10 Cruise Tasik Putrajaya nie, so ada la diskaun untuk harga tiket tue. Normal price untuk warganegara is RM30 per head, tapi kitorang dapat diskaun RM20 je per head. Ok la tue kannn.... :)
Best jugak naik cruise nie.. Masa yang diambil around 45 minutes. Masa mula-mula ada la tourist guide yang explain pasal Putrajaya, tasik Putrajaya and bangunan-bangunan yang ada kat sekeliling. Then, dah tengah-tengah tue kita boleh lepak-lepak kat luar bot menikmati angin yang best and posing-posing ambil gambar gitu..
Turun je dari cruise, hujan lebat lakk...Sementara tunggu hujan renyai-renyai , kitorang pun bergambar la dekat mini zoo yang ada kat situ. Tapi Baby Harriz dah tak selesa, nangis la pulak! Hehe..
Ok, habis sudah cerita pasal Putrajaya.. Dah berseronok kat Putrajaya, Mr Hubby and I pun bertekad nak pergi Batu Pahat. Kata Mr Hubby, alang-alang bercuti, bercuti betul-betul.. I asal berjalan memang on je...Haha..
Baby Harriz yang keletihan masa dalam perjalanan ke Batu Pahat.
Kat Batu Pahat nie, kitorang menginap kat rumah bestfriend Mr Hubby (En Erfy & Pn Liza) kat Parit Jambul. Kitorang sampai lepas maghrib macam tue.. Then, kluar makan kat satu restoran chinese muslim food nie..
Inilah dia, Mohamed Long Chinese Muslim Food. Memang sedap, terbaik and superb makanan kat sini. Tapi maaflah ye, tak sempat nak ambil gambar makanan yang diorder..Huhu.. Daripada apa yang kitorang makan malam tue, I memang suka sangat dengan butter prawn and ayam goreng telur masin.. Sesiapa yang bercadang nak ke sini, tak rugi kalau cuba dua menu tersebut. Menu yang lain rasanya mungkin sedap jugak, tapi I tak sempat la nak rasa semua kannn.. Next time nak datang lagi restoran nie and nak cuba menu yang lain plak..
The next day, disebabkan tak plan pun nak ke Batu Pahat, so tak sempat la nak search tempat-tempat yang menarik kat Batu Pahat nie..So, bestfriend Mr Hubby pun ajak la kitorang ke Pekan Rengit. Kebanyakan barang yang dijual kat sini adalah barang second hand from Singapore. Tapi, ada la jugak barang-barang yang baru. Geram je tengok perabot-perabot jati yang ada kat situ..
Proses tawar menawar sedang berlangsung (Mr Hubby with Erfy and Liza)
Memang banyak sangat barang elektrik terpakai.
Kitorang pun takder la shopping apa pun..Sebab tak plan kan, tak tau nak beli apa..Cuma beli play mat je untuk Baby Harriz.
Lepas aktiviti shopping kat Rengit, kitorang pun back to plan asal kitorang ke Batu Pahat. Apa lagi, nak makan nasi beriani la. Nie dia, Beriani Power... Memang power la.... Delicious!! Tak sia-sia datang sejauh nie...
Lepas makan,dalam pukul 3 macam tue plan nak balik KL dah.. Kitorang pun dah selamat check out dari rumah En. Erfy & Pn Liza. Tapi, rasanya dalam 10 km lagi nak sampai tol Ayer Hitam jem teruk sangat (Rupa-rupanya sebab hari pendaftaran kat UTHM). Kitorang pun terstuck dalam jem tue. Tambah dengan rasa mengantuk pula, maklumla lepas makan nasi beriani kann... Mr Hubby pun call En Erfy and bagitau nak tido lagi satu malam..Hah, terpaksa la I EL esoknya..Huhu..
Nak dijadikan cerita, malam tue pulak, Kg Parit Daun (kampung family Pn Liza and sebelah je ngan Parit Jambul) ada buat majlis 'kampung terbuka'. So, tak pasal-pasal I, Mr Hubby & Baby Harriz pun terjoin sekali aktiviti kampung nie.. Hehe.. Tapi takpela, sebab dapat lagi rasa suasana hari raya di hujung-hujung Syawal nie kan..
The next day, Monday...Hari nie nak tak nak memang kena balik jugak la kan...dah la hari nie EL pulak kann... Tapi biasala, takde maknanya pagi-pagi nak terus balik KL kan... Haruslah singgah mana-mana dulu...So, next destination kitorang >> dah alang-alang kat Johor, haruslah pergi Johor Premium Outlet<<
Lepas shopping sikit-sikit kat JPO, barulah kitorang betul-betul gerak balik KL. Hehehe...
Sekian, tamatlah sudah percutian 4 hari 3 malam yang tidak dirancang... Hepi memang hepi, sangat-sangat hepi...Walaupun percutian dalam negara je and just Putrajaya & Batu Pahat, tapi sangat best.. Tempat percutian tue tak kisah sangat, tapi kualiti masa yang dapat di spent together sangat-sangat bermakna..
To Mr Hubby: TQ sebab bawak I & Baby Harriz jalan-jalan..Next time bawak lagi ye..Tapi tempat lain pulak ok... :)
Cherrrss!!!