21 March 2013

Pregnancy & Books > Part 2





Last week, sempat lagi I beli another book about pregnancy kat Kinokuniya KLCC >Buku Panduan Lengkap Penjagaan Ibu Dan Anak<. Rasanya buku nie memang complete habis, cerita dari mula kita pregnant sampai la penjagaan baby berusia 3 tahun. Siap ada gambar-gambar yang sangat menarik and detail. Perubahan ibu mengandung pada setiap minggu pun diilustrasikan dalam bentuk gambar. 

Ada one chapter dalam buku tue yang buatkan I tak de selera nak makan and takut lak nak melalui proses bersalin. Huhu… Tapi at least, chapter tue menambahkan pengetahuan I and I actually memang nak tahu sangat macam mana proses bersalin tue berlaku. Nak tonton video kat internet, rasa macam lagi tak sanggup sebab rasa macam takut je..


 See, detail kan apa yang cuba disampaikan.

Masa pegi Kinokuniya nie, kitorang bawak my sister-in-law sebab dia nak habiskan baucer buku dia. Then, guess what, she hadiahkan I one book. Tadaaa…..



Thank you sis.. Macam tahu-tahu je yang nak kuar nanti baby boy kannnn… ;P

Cheerrss!!! 

19 March 2013

Tanamera Postnatal Care Set


Pertengahan February ari tue, Mr Hubby dah belikan I set bersalin Tanamera. Lepas dah buat banyak survey, I rasa set bersalin Tanamera mungkin sesuai dengan I. Kebanyakan set bersalin yang lain mesti ada jamu la, pil-pil la, which I lemah sikit bab-bab nak menelan ubat-ubatan dan jamu-jamu nie. Set bersalin Tanamera nie takde la pulak jamu-jamu atau pil-pil yang perlu ditelan, kecuali satu je untuk diminum > herbal tea. Basically, set bersalin Tanamera nie ala-ala spa gitu, kebanyakannya yang nak kena sapu-sapu gitu...


Harga untuk satu set nie RM360.00. I beli kat Central Market. Tapi, boleh je nak beli online kat tanamerapostnatal.com . Tapi biasa la kan, I ngada-ngada nak berjalan skali sebenarnya, tue yang ajak Mr Hubby g Central Market tue. Sambil tue boleh la jugak cuci-cuci mata kann..

Selain daripada Postnatal Care Set nie, I ada add-on 1 lagi Brown Formulation Body Soap & 1 tungku/tuam baby. Sabun tue RM15.00 and tungku/tuam baby pun RM15.00. 



Dalam Postnatal Care Set nie ada 11 item kesemuanya, iaitu:

1. Feminine Herbal Wash
2. Herbal Bath
3. Herbal Tea
4. Boreh Body Scrub
5. Calming Herbal Blend Paste
6. Firming Herbal Blend Paste
7. Postpartum Abdominal (Binder)
8. Lavender Floral Water
9. Herbal Massage Oil
10. Cold Press Virgin Coconut Oil
11. Brown Formulation Body Soap



Maybe ada yang kata I beli agak awal, yela, ada lagi 3 bulan before I deliver baby, tapi lebih baik bersedia awal dari last minit kan...Kalau risau terlupa setiap fungsi produk atau macam mana nak guna setiap produk tue, jangan risau, sebab dalam packaging tue ada disertakan buku panduan skali. Dalam buku nie diterangkan setiap fungsi sesuatu produk dan bagaimana nak guna atau nak bancuh sesuatu produk tue.



Actually, ada sebab lain kenapa I beli awal produk Tanamera Postnatal Care Set nie. Sebabnya, dalam set nie, ada 4 produk yang boleh digunakan lebih awal atau digunakan sepanjang tempoh kehamilan. >>Herbal Massage Oil, Lavender Floral Water, Cold Press Virgin Coconut Oil & Brown Formulation Body Soap<<

So far, I dah guna 4 produk nie. Memang best sangat. Nie nak bagi review sikit:

1. Herbal Massage Oil > Sedap sangat bau minyak nie. Macam bau minyak geliga. Cumanya, minyak nie tak panas langsung. Sedap je bila letak kat kaki sebelum tido.

2. Lavender Floral Water > Bau lavender sangat best. Rasa segar sangat bila percik kat muka, especially masa panas terik atau letih-letih.

3. Cold Press Virgin Coconut Oil > VCO nie guna untuk sapu kat perut untuk kurangkan stretch mark. Best pakai minyak nie, kulit terasa sangat lembut je. Stretch mark pun tak naik banyak since pakai minyak nie. Nanti dah masuk 9 bulan boleh start minum 1 sudu sebelum tidur, untuk memudahkan proses bersalin nanti.

4. Brown Formulation Body Soap > Sabun nie guna setiap kali mandi. Wangi, rasa macam duduk kat spa je. Sabun nie ala-ala sabun scrub gitu. Boleh kurangkan kesan-kesan hitam kat leher and tempat-tempat lain. (Kesan hitam yang tetiba je muncul masa pregnant)


Produk yang lain tak boleh nak review lagi sebab I sendiri pun belum guna lagi. Nanti after deliver baby I review yang others ek.

Cheers!!!



18 March 2013

My baby @ 31 weeks





Entry nie yang I paling excited sangat nak post!! I dah pun wat 3d 4d scan last Saturday. Excited sangat tengok movement baby. My baby siap menguap lagi.  Check this video out :





I wat 3d 4d scan dengan Ms Jezzlyn. At first, available date left only on 20 March and 23 March. But I pulak tak available on that date. So, I message Ms Jezzlyn if there are any available slot for 16 March, but Ms Jezzlyn reply semua slot dah fully booked. I pun minta dengan Ms Jezzlyn if she can add on one extra slot for me because I’m not available on the other date. Luckily for me, Ms Jezzlyn ask me to come at 830 am on 16 March. J I’m so happy…

So, I done the 3d 4d scan at Klinik Fauziah, Ampang. I’m the first patient on that day. Ms Jezzlyn sangat baik, very soft spoken. I sangat berpuas hati dengan service dia. At first, my baby tak nak tunjuk muka. Then Ms Jezzlyn ask me to mengiring sebelah kiri and she try to rangsang the baby, she cakap-cakap and pujuk baby suruh tunjuk muka and senyum. Tapi biasala, pagi-pagi kan, my baby tido lagi :P Serius je dia bila kacau dia tido.. Haha…

I  tak tau nak express macam mana my feeling bila dapat tengok muka baby and baby gerak-gerak macam tue. Rasa happy + terharu + excited = semua feeling pun ada la…..

Pada sapa-sapa yang nak wat 3d 4d scan nie, I memang sangat-sangat recommend Ms Jezzlyn nie. Lagi satu, if let say masa scan tak nampak muka baby, takder charge langsung yang dikenakan. Harga untuk 3d 4d scan nie pun sangat berbaloi, RM120 termasuk cd and print out gambar. Dalam cd tue ada semua video & gambar yang diambil waktu sessi scan dengan Ms Jezzlyn. Sapa-sapa yang berminat boleh klik link kat bawah nie: 


Alang-alang I dah cerita pasal my experience about 3d 4d scan nie kan, ada lagi satu cerita yang I nak share la kan. I bukan nak memburukkan sorang Dr ni, tapi memang boleh terasa beza macam mana Ms Jezzlyn buat scan and Dr nie buat scan. Masa 13 March hari tue, I dah set appointment untuk wat 3d 4d scan kat Columbia Asia Setapak. In fact, kitorang dah pun pegi kat sana. Macam biasa la, consult dengan Dr Sudha Kumari. Tapi, I sangat-sangat tak happy dengan service yang diberi. Dr macam tak nak buat sangat. Dia cuma scan dalam 5 minit, then baby tak nak tunjuk muka, terus dia stop tak nak wat 3d 4d scan. Dia takde pun nak cuba pujuk-pujuk baby or cakap-cakap dengan baby macam mana yang Ms Jezzlyn buat. Bila scan tak dapat, dia minta I dengan Mr Hubby datang lagi 2 minggu. Dah tue dia siap cakap kalau next 2 weeks pun baby tak tunjuk muka memang dah tak boleh wat 3d 4d scan lagi, sebab baby dah besar. At the end, untuk 3d 4d yang tak jadi tue, dia charge kitorang RM83.00!! Sakit hati I uollllsss... Dah la tak dapat nak tengok baby, charge pulak agak mahal. Sia-sia je Mr Hubby ambil cuti hari tue. I terus cakap dengan Mr Hubby, if I ditakdirkan terberanak kat KL pun, I tak nak lagi datang Columbia Asia Setapak. I pun dah start survey other hospital as back up plan.

Tapi, bila dapat buat 3d 4d scan dengan Ms Jezzlyn, I sangat-sangat puas hati. Memang terasa sangat perbezaan antara Ms Jezzlyn and Dr Sudha Kumari. Conclusionnya, I memang highly recommended Ms Jezzlyn. Memang berbaloi-baloi and worth it.

Tak sabar sangat nak tunggu baby keluar lagi beberapa minggu je. Hari-hari I tengok print out scan 3d 4d tue. Saaaaayannnnng sangat kat baby... :)

Cheerss!!!







15 March 2013

Anniversary Celebration > Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak


Lambat sikit nak post pasal our anniversary celebration. This is because I'm not feeling well this whole week. Fever, batuk, selsema >> memang complete package la... Huhu.. :(

11 March 2013 ari tue adalah our 2nd anniversary. We suppose to have a sweet vacation but as I cerita in previous post, > Pregnancy & Flight : Wedding Anniversary Trip Yang Terpaksa Dicancelkan < our vacation terpaksa di cancelkan. Mr Hubby pun senyap je pasal replacement trip tue.. Huhu.. :'(

Takpe la.. Lagipun, sekarang kena fokus pada keperluan baby dahulu. Our needs, nanti-nanti pun takpe la.. So, we just have a nice dinner on that day. We celebrate our 2nd anniversary at Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak.


The food there, just nice je la...Dorang sediakan 3-in-1 buffet dinner. Ada steamboat, makanan Melayu & ayam BBQ. Tempat memang cantik, especially kalau untuk sapa-sapa yang nak wat event. Harga pun murah je, RM29 net seorang. Tapi, bila Mr Hubby tanya nak datang lagi ke tak tempat nie, I dengan pantas cakap tak nak sebab sorry to say,  for me tempat nie biasa aje, nothing special.... Tapi, dalam 'nothing special' tue pun, makan sampai sengkak jugak.. Hahaha... :)

Cheers!!


14 March 2013

~ Happy 2nd Anniversary Dear ~


In all the world, there is no heart for me like yours,
In all the world, there is no love for you like mine.



Loving me in a very special way
Supporting me all the way
You will always be my Prince Charming
And I wish to have a happy ending
Beside you, inside your arms
Feel the affection and warmth
Let's stay this way forever

HAPPY ANNIVERSARY, DEAR HUBBY!!!

Cheerss!!!

8 March 2013

Stretch Mark?? OMG!!


Since sekarang I dah pun 7 months pregnant, I perasan yang stretch mark dah pun muncul kat my tummy yang comel lote tue. Luckily, stretch mark tue belum gatal-gatal lagi. My mommy cakap, tak lama lagi akan rasa gatal kat stretch mark tue and we akan keep nak garu je tummy tue. Huhu... Camne ek?

One of my friends suggest sapu baby oil je. And ada jugak my friend yang suggest sapu virgin coconut oil (VCO) >>yang menurut beliau VCO lebih berkesan untuk kurangkan stretch mark berbanding baby oil<< I pun tak pasti kesahihannya.

So, Mr Hubby kan dah beli set bersalin Tanamera for me. Dalam set tue memang dah ada sebotol VCO. So, I pun just guna je la VCO tue. So far, VCO tue memang dapat kurangkan stretch mark kat perut I. Before apply minyak tue, stretch mark tue nampak merah and kulit pun nampak tegang and tak cantik sangat. Tapi after few times apply, merah-merah tue pun dah tak nampak and kulit perut pun rasa lembut je... I loiiiikee :)


Tapi, I tak pasti pulak baby suka atau tak bila I sapu minyak tue kat perut becoz every time after I apply VCO je, baby akan sangat aktif bergerak. Tak tahu la baby suka, happy and sebab tue gerak aktif ataupun baby protes mommy letak minyak tue and kacau dia. Hehe..

Cheers!!


7 March 2013

Air Ketuban Banyak : Is it Safe?


Masa balik Penang time CNY holiday ari tue, I pegi la check up baby kat KPJ Bandar Perda. I memang berniat nak deliver baby kat sana. I consult dengan Dr Ramesh. Masa scan baby, risau I bila Dr Ramesh bagitau yang air ketuban I banyak (polyhydramnio). Tapi, Dr Ramesh kata tak perlu risau sangat. Apa pun kena tunggu result air gula I. (the following week I kena minum air gula yang sangat manis tue).

So, I pun tanya la Dr Ramesh macam mana air ketuban boleh banyak. Dr kata ada banyak faktor. Antaranya sebab mommy ada diabetes/kencing manis. Selain tue, yang merisaukan I >> air ketuban banyak berpunca dari baby<< takut baby ada jangkitan, atau bermasalah dengan denyutan jantung atau baby 'tidak sempurna'. Risau sangat I bila dengar macam tue. 

Dr Ramesh bagitau, kalau air ketuban banyak I berkemungkinan akan melahirkan baby pramatang atau kelahiran yang lebih awal dari due date. Dr siap suruh I ambil leave 2 atau 3 minggu awal before due date. Besides, posisi baby pun akan tak stabil sebab baby akan kerap bergerak dan bertukar-tukar posisi (yela, sebab air banyak dapat la baby berenang dengan gumbiranya dalam perut mommy). So, takut nanti masa dah nak bersalin baby tak berada pada kedudukan yang betul dan terpaksa dibedah pulak. Kalau boleh, I taknak la di operate kan, I nak bersalin normal.

I tanya pulak Dr apa yang boleh I buat untuk normalkan air ketuban tue. Tapi, Dr cakap tak boleh buat apa-apa. Selalunya kalau air ketuban dah banyak, dia takkan boleh dikurangkan lagi. Cumanya, Dr pesan kena kurangkan pengambilan makanan yang manis and banyakkan minum air kosong. Dr cakap, macam mana pun, kena tunggu result air gula kuar dulu.

Balik rumah, cerita la kat family apa yang Dr bagitau. Then, grandmom pun cakap la, kalau ikut orang tua-tua, air ketuban banyak nie bcoz of suka sangat mandi malam (which I memang selalu mandi dalam pukul 9pm). Grandmom pun advise la kalau boleh balik kerja terus mandi and kalau boleh mandi before pukul 7pm. My mom pulak cakap, kalau dah lepas pukul 7pm, tunggu nanti pukul 1 am baru boleh mandi lagi. Huuuu, tak sanggup I tunggu pukul 1 pagi baru nak mandi..

Okla, lepas nie:

  • no more makanan manis >> Milo, kek, etc semua kena kurangkan. Paling bagus kalau boleh elakkan.
  • kena banyak minum air suam
  • & no more mandi after 7pm !!

Cheerss!!!

5 March 2013

Baby Items Checklist


Ok, since I dah pun settle memborong barang-barang baby and some stuffs for myself, so I nak share la the full list barang baby yang I jadikan panduan sewaktu shopping.

Pakaian Baby:
  • Sarung tangan - 3 pasang
  • Sarung kaki - 3 pasang
  • Stokin baby - 1 pasang
  • Baju lengan pendek - 3 helai
  • Baju lubang-lubang - 1 pasang
  • Singlet - 1 pasang
  • Seluar pendek - 2 helai
  • Baju lengan panjang - 1 helai
  • Seluar panjang - 1 helai
  • Rompers - 4 helai
  • Topi - 2 helai
  • Bib - 6 helai
  • Kain bedung - 2 helai (with hood)
  • Barut

Lampin:
  • Lampin pakai buang (newborn) - Mamy Poko
  • Lampin biasa - 12 pcs
  • Pelapik lampin - rasa macam tak perlu. Kalau perlu nanti baru beli
  • Pelapik tukar lampin (changing mat)
  • Tisu basah - 260 pcs
  • Beg lampin / beg baby
  • Botol sembur air
  • Detergent cuci baju baby

Kelengkapan Mandian:
  • Tab mandian
  • Pengalas tab mandian
  • Tuala muka - 2 helai
  • Tuala mandi - 2 helai
  • Sabun mandian baby
  • Syampu baby

Barang Penjagaan Baby:
  • Bedak baby
  • Lotion baby
  • Baby oil
  • Sikat / berus rambut
  • Minyak telon
  • Pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Cotton bud - 100 sticks
  • Cotton ball - 100 balls
  • Nasal aspirator (untuk selsema)
  • Vicks
  • Krim ruam lampin / nappy cream
  • Tuam / tungku baby

Barang Kelengkapan Tidur:
  • Katil baby - rasa tak perlu lagi. Kalau perlu, lepas pantang baru beli
  • Tilam
  • Cadar
  • Selimut - 1 helai
  • Bantal
  • Bolster

Penyusuan:
  • Botol susu - 5 pcs
  • Puting susu - 7 pcs
  • Pam (manual/electric/battery) - Medela Swing
  • Bekas simpan susu
  • Beg pendingin
  • Pek ais
  • Berus botol
  • Termos
  • Bottle sterilizer - NUK
  • Nipple cream
  • Nursing pillow
  • Bottle warmer - Autumnz

Kelengkapan Beriadah / Travel:
  • Car seat / Baby carrier - Fisher Price
  • Stroller - Mr Hubby akan beli semasa tempoh berpantang (berkenan Maclaren Techno XT)
  • Baby rocker - Berkenan Fisher Price. Tengah survey lagi kat internet (lebih murah berbanding kedai)
  • Baby sling - Akan beli selepas pantang
  • Kain pelindung penyusuan (nursing cover)

Keperluan untuk ibu berpantang:
  • Set jamu/penjagaan lepas bersalin - Tanamera
  • Tungku
  • Air selusuh
  • Bengkung panjang - Tanamera
  • Bengkung moden
  • Kain batik - 3 helai
  • Stokin
  • Nursing bra
  • Nursing pad disposable - 24 pcs
  • Maternity pad
  • Tuala
  • Tukang urut - Mommy akan carikan

Just bear in mind:

1) Pakaian baby tak perlu beli banyak sangat because baby akan cepat sangat membesar & mana tahu kalau-kalau ada yang nak bagi hadiah baju kat newborn baby kannn... ;p

2) Lampin pakai buang pun sama, tak perlu beli banyak sangat. Try satu pack dulu. Reason sebab baby akan cepat besar and kita pun tak tahu sama ada baby kita sesuai atau tak dengan lampin pakai buang tue.

3) Lepas dah beli semua barang, especially pakaian kena basuh dulu. Kalau boleh beli la detergent yang khusus untuk baby. Kalau tak pun, just pakai sedikit sahaja detergent yang biasa.

4) Certain item yang rasa tak perlu dibeli lagi, tak payah la beli lagi. Tunggu nanti-nanti pun boleh beli. For example, katil baby >> sebab ada certain mommy lebih prefer baby tidur ngan dorang bcoz senang nak menyusu. (Maybe I am one of them) :)


Ok, semua persiapan baby & mommy dah siap. Sekarang kena buat persiapan mental & fizikal untuk menanti tibanya hari melahirkan nanti. :) :) :) Tak sabar nak tunggu baby kuar..... Doakan kita semua selamat dan dipermudahkan urusan melahirkan nanti...

Cheeerss!!


4 March 2013

Motherhood Expo 2013 - Final Round Hunting Baby Items


Last 1 - 3 March 2013, there was Motherhood Expo 2013 at Kuala Lumpur Convention Centre. So, me & Mr hubby grab this opportunity to search and hunting the baby items. Believe it or not, we went there twice! Once on the Friday night & once on the Saturday afternoon.

Target kali ni memang nak betul-betul completekan list baby items. So, at first me & Mr Hubby pergi on Friday night because kitorang taknak bersesak-sesak dengan ramai orang if pergi on weekend. Sampai sana pun dah pukul 7 lebih, so lepas survey apa yang patut kitorang pun grab few things. >>breastpump (Medela Swing & City Style bag & foc nipple cream - RM828), baby carrier (Fisher Price - RM340), nursing pillow (BumbleBee - RM59), liquid cleanser (BumbleBee - RM30) & bottle warmer (Autumnz - RM75)<< Kitorang kat sana sampai most of the booth pun dah tutup la kiranya.

Saturday, kitorang tak plan pun nak pegi lagi. Plan asal just nak pegi beli I nye Biotherm cleanser, but since Biotherm pun ada kat KLCC so Mr Hubby ajak je la pegi KLCC. Alang-alang dah pegi KLCC lagi, kitorang pun ambil la kesempatan tu untuk pegi Expo tue skali lagi.

Second time nie dah tak beli barang besar-besar macam semalam dah. Kali nie beli yang kecil-kecil je such as baby detergent, sikat baby, nasal aspirator, nursing cover, bengkung moden, thermometer, bib, baby bag & etc. This round, we spent RM365 only.



I think Motherhood Expo kali nie berbaloi kalau beli barang yang besar-besar (fizikal & kos), sebab harganya agak murah kalau compare kat tempat lain. Contohnya breastpump Medela Swing & beg City Style, setakat yang I survey paling murah untuk pakej nie I jumpa RM879. Yang I beli only RM828 plus f.o.c. nipple cream (normal price RM30) lagi. Nursing pillow BumbleBee yang I pernah jumpa RM100++ tapi kat expo nie just RM59 only!

Tapi yang tak berapa bestnya expo nie, kalau sapa-sapa yang nak cari pakaian baby, agak mahal or takder yang murah. Tak macam 'Mother, Baby & Kids Expo' kat PWTC dulu, kat sana pakaian baby sangat murah. Even jenama Disney Baby pun boleh dapat RM10 je sepasang.

Keseluruhannya, complete la sudah my baby item checklist. Tunggu next post nanti I share the full list baby item ye... :)


Cheerss!!