19 March 2013

Tanamera Postnatal Care Set


Pertengahan February ari tue, Mr Hubby dah belikan I set bersalin Tanamera. Lepas dah buat banyak survey, I rasa set bersalin Tanamera mungkin sesuai dengan I. Kebanyakan set bersalin yang lain mesti ada jamu la, pil-pil la, which I lemah sikit bab-bab nak menelan ubat-ubatan dan jamu-jamu nie. Set bersalin Tanamera nie takde la pulak jamu-jamu atau pil-pil yang perlu ditelan, kecuali satu je untuk diminum > herbal tea. Basically, set bersalin Tanamera nie ala-ala spa gitu, kebanyakannya yang nak kena sapu-sapu gitu...


Harga untuk satu set nie RM360.00. I beli kat Central Market. Tapi, boleh je nak beli online kat tanamerapostnatal.com . Tapi biasa la kan, I ngada-ngada nak berjalan skali sebenarnya, tue yang ajak Mr Hubby g Central Market tue. Sambil tue boleh la jugak cuci-cuci mata kann..

Selain daripada Postnatal Care Set nie, I ada add-on 1 lagi Brown Formulation Body Soap & 1 tungku/tuam baby. Sabun tue RM15.00 and tungku/tuam baby pun RM15.00. 



Dalam Postnatal Care Set nie ada 11 item kesemuanya, iaitu:

1. Feminine Herbal Wash
2. Herbal Bath
3. Herbal Tea
4. Boreh Body Scrub
5. Calming Herbal Blend Paste
6. Firming Herbal Blend Paste
7. Postpartum Abdominal (Binder)
8. Lavender Floral Water
9. Herbal Massage Oil
10. Cold Press Virgin Coconut Oil
11. Brown Formulation Body Soap



Maybe ada yang kata I beli agak awal, yela, ada lagi 3 bulan before I deliver baby, tapi lebih baik bersedia awal dari last minit kan...Kalau risau terlupa setiap fungsi produk atau macam mana nak guna setiap produk tue, jangan risau, sebab dalam packaging tue ada disertakan buku panduan skali. Dalam buku nie diterangkan setiap fungsi sesuatu produk dan bagaimana nak guna atau nak bancuh sesuatu produk tue.



Actually, ada sebab lain kenapa I beli awal produk Tanamera Postnatal Care Set nie. Sebabnya, dalam set nie, ada 4 produk yang boleh digunakan lebih awal atau digunakan sepanjang tempoh kehamilan. >>Herbal Massage Oil, Lavender Floral Water, Cold Press Virgin Coconut Oil & Brown Formulation Body Soap<<

So far, I dah guna 4 produk nie. Memang best sangat. Nie nak bagi review sikit:

1. Herbal Massage Oil > Sedap sangat bau minyak nie. Macam bau minyak geliga. Cumanya, minyak nie tak panas langsung. Sedap je bila letak kat kaki sebelum tido.

2. Lavender Floral Water > Bau lavender sangat best. Rasa segar sangat bila percik kat muka, especially masa panas terik atau letih-letih.

3. Cold Press Virgin Coconut Oil > VCO nie guna untuk sapu kat perut untuk kurangkan stretch mark. Best pakai minyak nie, kulit terasa sangat lembut je. Stretch mark pun tak naik banyak since pakai minyak nie. Nanti dah masuk 9 bulan boleh start minum 1 sudu sebelum tidur, untuk memudahkan proses bersalin nanti.

4. Brown Formulation Body Soap > Sabun nie guna setiap kali mandi. Wangi, rasa macam duduk kat spa je. Sabun nie ala-ala sabun scrub gitu. Boleh kurangkan kesan-kesan hitam kat leher and tempat-tempat lain. (Kesan hitam yang tetiba je muncul masa pregnant)


Produk yang lain tak boleh nak review lagi sebab I sendiri pun belum guna lagi. Nanti after deliver baby I review yang others ek.

Cheers!!!



0 comments:

Post a Comment