Showing posts with label baby harriz. Show all posts
Showing posts with label baby harriz. Show all posts

11 June 2014

Kisah 10 Bulan

Hai semuaa... !!!! Rindu sangat nak berblog!! Lama betul tak ber'update' ~ almost 10 months okey!! Fuhhh.... Laaaaama sungguh.. Macam-macam dan banyak sangat cerita yang nak di share...

For starting, haruslah cerita pasal Baby Harriz kan... As at today, Baby Harriz dah pun 1 year & 1 months uollsss! Last entry hari tue, Baby Harriz baru je 3 months++ kan... Nak share pasal perkembangan Baby Harriz dulu la...

Baby Harriz @ 4 months


Baby Harriz with tokwan's family, watching kerbau kena sembelih.. ;p

Masa bulan October tahun lepas, sempena dengan Hari Raya AidilAdha, kitorang dah pun buat akikah untuk Baby Harriz. Nak akikahkan 2 ekor kambing tapi masa tue masih tak berapa nak berkemampuan kan, so at the end hanya 2 tompok kerbau untuk Harriz... :) Majlis akikah Baby Harriz we all buat kat kampung my grandmom, kat Langkawi. Orang Langkawi nie memang suka makan kerbau berbanding lembu. So ok jela kerbau pun. Hehe...

Balik je dari Langkawi lepas Raya Korban tue, Baby Harriz tak berapa sihat (demam + selsema). For the first time Baby Harriz tak sihat and first time juga Baby Harriz kena suction untuk keluarkan hingus.



Bulan November, Baby Harriz dah 6 bulan... Tapi I masih ingat bulan November nie la bulan yang sangat busy dalam hidup I. Baby Harriz admitted to Columbia Hospital Setapak & for the whole 1 week jugak la I terpaksa ambil cuti untuk jaga Baby Harriz. Kesian sangat kat Baby Harriz. Baby Harriz kena demam panas tapi suhu susah sangat nak turun. Asyik maintain 38 to 40 degree ja.. Sedih sangat masa nie... Dahla I baru je nak introduce solid food to him, but then he admitted and asyik kena paksa makan ubat je.. Paling I tak tahan bila mana the nurse buat suction untuk keluarkan hingus and kahak >> sampai berdarah hidung and mulut Baby Harriz (suction dalam mulut untuk keluarkan kahak at lung) << Memang I menangis masa nie sebab kesiankan Baby Harriz. But then nurse tue cakap tisu Baby Harriz terlalu lembut, sebab tue berdarah (of course la, he just a 6 months old baby!!) Lepas dah seminggu, I minta jugak dengan doktor nak discharge. On the day nak discharge tue, suddenly suhu Baby Harriz naik balik to 39 degree. But then I nak jugak balik sebab dah tak sanggup tengok Baby Harriz macam tue. Bila balik rumah, my mom & dad suruh lumurkan kepala Baby Harriz dengan air asam jawa. But believe it or not, alhamdulillah, by the night Baby Harriz dah 100% fully recovered!

Baby Harriz @ 6 months ~ Columbia Asia Setapak


Baby Harriz @ 7 months


Baby Harriz @ 8 months

Baby Harriz 8 bulan, tak boleh merangkak betul lagi.. Actually, dah boleh (sometimes I nampak dia merangkak) tapi I think my son nie malas sikit nak merangkak... ;p I notice yang Baby Harriz selesa sangat menyulur (kalau askar, macam kawad duri tue). Hahaha... Even kalau dia merangkak pun, dia akan menyulur balik sebab dia rasa dengan menyulur dia lebih laju bergerak... hahaha...



Baby Harriz 9 bulan, February 2014, kitorang bawak Baby Harriz pegi baby spa... Yippiee!! He really enjoy his time there.. Ok, Hippopo Baby Spa nie located at Centre Point Bandar Utama.




Lepas 20 minutes berendam, ada pulak session massage :)

One week after that, we all attend my colleague's son birthday party. This is the first birthday party for Baby Harriz. He really enjoy playing so much!! :)







March 2014, Baby Harriz dah 10 bulan. In this month jugak, is my 3rd Wedding Anniversary. Cerita yang nie akan di post dalam next entry ye... Hehe..

Baby Harriz @ 10 months

Dalam bulan March nie jugak, I agak kelam kabut sikit. Reason, sebab babysitter Harriz, Kak Nisa suddenly bagitau yang dia tak dapat nak jaga Harriz lagi sebab nak balik kampung jaga her father yang sakit. Ok, kelam kabut I nak cari the new babysitter for Baby Harriz. Luckily, I dapat jugak sorang babysitter yang sangat baik hati, Kak Wati. Puas hati sangat dengan jagaan Kak Wati. Tapi sayangnya Kak Wati sempat jaga Baby Harriz for 2 weeks je sebab Baby Harriz dapat pulak masuk nursery dalam my office (nursery for staffs' child - which I dah register Baby Harriz's name since I'm 5 months pregnant & all this time still in the waiting list).

Makanya, on April 2014, Baby Harriz 11 bulan, dudukla Baby Harriz dalam nursery baru. Tapi I tak risau sangat sebab nursery nie memang untuk anak staffs (of course dorang akan jaga elok2 la kannn, sebab anak staffs) & sangat-sangat dekat dengan my office & I can go there any time I like.





May, bulan yang sangat ditunggu-tunggu... Sebabnya, Baby Harriz dah 1 tahun!! Alhamdulillah... :) Baby Harriz punya birthday celebration akan dipost dalam next entry ye.... :)

Yeay!! Selesai jugak cerita 10 bulan nie yang sungguh-sungguh mencabar and busy... Lupa pulak, 1 lagi sebab yang buatkan I busy sangat sampai tak sempat nak update blog nie, sebab I dah open up 1 online shop... ;) Yang nie pun nanti I cerita dalam next entry ye...

Mama luv Baby Harriz

Till then, cheersss!!!!

14 September 2013

Baby Harriz Dah Pandai Meniarap!!!



This is the first time Baby Harriz berjaya meniarap dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.. Congrats dear!! Mama so proud of you! Waktu nie kat kampung masa balik raya hari tue.. Kiranya that time Baby Harriz around 3 months macam tue..



And sekarang nie, pantang letak je Baby Harriz mesti nak meniarap.. :)



Mama tak sabar nak tunggu anak mama nie boleh berjalan pulak..

Cheerrssss!!!!!!

13 September 2013

Baby Harriz, Babysitter & Kuku

28 August 2013 @ 3.05 pm, sedang I sibuk di ofis suddenly dapat message from babysitter Harriz. I called her Kak Nisa.

   "Assalam lina akak nak minta maaf byk2 tadi masa akak ketip kuku harriz terketip jari dia telunjuk belah kanan. Senang cita lina balik lah"

Berderau darah when I read the text. Kenapa dengan Baby Harriz? Selalunya Kak Nisa tak pernah suruh balik. Walaupun Baby Harriz tak nak minum susu, Kak Nisa akan usaha juga sampai Baby Harriz minum. Tapi kenapa kali nie Kak Nisa suruh balik? Teruk sangat ke kecederaan Baby Harriz? I nak sedapkan hati, I fikir cuma kuku je... Tapi dalam masa yang sama terfikir juga, Kak Nisa suruh balik kenapa, jari Baby Harriz patah ke? Kak Nisa terpotong semua kuku Baby Harriz ke?

Masa first time baca text tue, menggeletar sangat badan I. I tak nak marah melulu walaupun dalam hati risau sangat. I call Mr Hubby & Mr Hubby suruh I call Kak Nisa & Mr Hubby keep pesan jangan marah Kak Nisa. I tenangkan diri dulu & after few minutes I call Kak Nisa. Walaupun dalam hati nie risau sangat,  I cuba sebaik mungkin control suara & nada, tak nak Kak Nisa terasa & fikir I marah dia pulak.

Habis je cakap, I terus balik. Dalam kereta nak cepat sampai je..Risau sangat sebab tak tau keadaan Baby Harriz macam mana. Dalam masa yang sama I cuba positifkan fikiran I & keep cakap pada diri I 'it just kuku, mesti tak teruk sangat'.

Sampai rumah Kak Nisa, terpancar kat riak muka Kak Nisa rasa bersalahnya. Baby Harriz tidur je masa I sampai. Kak Nisa keep minta maaf & explain macam mana kejadian tue boleh berlaku, dalam masa yang sama asyik menangis. Ada kesan darah kat baju Baby Harriz, kata Kak Nisa darah memang keluar banyak sangat sampai menitik-nitik. Lepas tengok Baby Harriz, I memang cool je. Memang la jari Baby Harriz berdarah, tapi I tau Baby Harriz kuat. Kak Nisa pun dah sapu minyak gamat & letak plaster.



Baby Harriz dah tercedera, tapi 1 lesson yang I learned dari peristiwa nie adalah untuk control & handle rasa marah and risau I.. I learned how to react cool even dalam hati rasa risau sangat. Seriusly, I takde sedikit pun perasaan nak marah pada Kak Nisa. Malahan, I bersyukur sangat dapat Kak Nisa sebagai babysitter Baby Harriz sebab Kak Nisa dah jaga Baby Harriz elok sangat. Tiap-tiap hari mandikan Baby Harriz waktu tengahari & petang. (Pagi I yang mandikan Baby Harriz even pada mula Kak Nisa cakap Kak Nisa pun boleh mandikan sebelah pagi> sebab for me this is the only time I nak belek badan anak I & I rasa sangat bahagia bila dapat mandikan Baby Harriz & I love to mandikan Baby Harriz). Malah, kalau kuku Baby Harriz panjang, Kak Nisa tolong ketipkan. So, takkan la I nak marah bila Kak Nisa tak sengaja mencederakan Baby Harriz. Even bila I hantar Baby Harriz the next day pun, Kak Nisa still menangis depan I. I pula yang rasa serba salah. Takpe Kak Nisa, sikit pun Lina takde rasa marah kat akak. People make mistakes, and we learned from that. So am I and Kak Nisa.



Satu je problem bila jari Baby Harriz luka>> Baby Harriz suka sangat hisap jari, so bila dah luka, I letak minyak gamat pun Baby Harriz still nak hisap jari...So, apa boleh buat.......Macam nie je la.....




This time je Mama kasi can hisap puting ye....After this no no no no NOOOO!!

Cheerrrsss!!!!

9 September 2013

Baby Harriz Yang Suka Bersembang


Baby Harriz @ 2 1/2 months

Baby Harriz dah pandai bersembang & he really loves to talk! Walaupun Baby Harriz cuma tahu sebut 'hey hey' je, tapi Mama soo000oooo happy..

Cepat cepatlah besar ye sayang... :) Nanti boleh jadi peneman dan penghibur mama..

Cheerrsss!!!

8 September 2013

Last Minute - Majlis Cukur Jambul & Tahnik Baby Harriz

Walaupun peristiwa nie dah lama berlalu, tapi I suka jugak nak post and share dengan u ollss..

Early morning 15 June 2013 which was hari ke 41 my confinement period, tetiba je my dad ask if kitorang nak buat majlis cukur jambul and tahnik for Baby Harriz. Luckily Mr Hubby was in Penang, so kitorang ok jela. Then, lepas discuss menu untuk di serve pada tetamu malam nie, my dad and Mr Hubby pun ke pasar cari bahan untuk dimasak. My dad pun busy mencari ustaz untuk tahnik and jemput some orang-orang masjid. Ha, nie la namanya last minute > pagi tue la baru decide nak buat, pagi tue la baru cari bahan and cari ustaz, pagi tue jugak la baru nak jemput orang...Haaa, amek ko.Nasib baik alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. :)

Nie la aktiviti sebelum majlis bermula...Bermula la aktiviti masak-memasak sebagainya..





Tetiba petang tue my dad tanya, macam mana dengan goodies?? Yela, takkan tetamu nak pulang dengan tangan kosong je kann.. So, berkejar pulak my adik kesayangan ke kedai berdekatan untuk beli barang yang boleh dibuat goodies.

Acara mempacking goodies

Separuh daripada masakan my dad hantar ke Pusat Tahfiz berdekatan our kawasan perumahan. Others, untuk tetamu malam nanti.

So, bermula la upacara cukur jambul and tahnik Baby Harriz...

Baby Harriz masih berjambul :P


Baik je Baby Harriz sepanjang majlis. Bila ustaz suap kurma bukan main suka lagi...Tapi, bila disuap air zamzam baru dengar suara (maybe sebab rasa air zamzam yang payau)..Pandai ye anak mama nie, nak yang sedap je...hehe...

Alhamdulillah, selesai sudah majlis dengan jayanya.. Berkat tahnik dari ustaz & hafiz nie, mama doakan semoga anak mama Harriz Hakimie akan menjadi seorang anak yang soleh dan dapat membahagia & menggembirakan mama & abah, bukan sahaja di dunia ini tetapi yang lebih utama di akhirat nanti... Mama & Abah saaaaaaaaaaaaaayaaanng sangat Baby Harriz..



Cheerrsss!!!

28 August 2013

27 August 2013

The First Long-Distance Travel for Baby Harriz

Habis je berpantang, at day 45 (22 Jun 2013) we all balik kampung sebelah my dad kat Langkawi. Sebabnya, nak tunjuk Baby Harriz kat his great-grandpa yang tak dapat datang melawat I masa dalam pantang disebabkan keuzuran. So, kiranya nie la first time Baby Harriz travel jauh (Langkawi je punnn...:p)..

Sepanjang perjalanan, Baby Harriz baik je, tak nangis and tak meragam. Naik bot pun Baby Harriz tido je...

Baby Harriz menyusu dalam bot. Luckily ada nursing cover, senang keja..:)

Sampai kat Langkawi, my aunt datang jemput kat Jetty Point.

Baby Harriz with his grandpa & Mak Ucu

Sampai je rumah great-grandparents, Baby Harriz flat terus..Dapat lak tido dalam buai...Malam tue hujan renyai-renyai lak, syok la anak mama sorang nie tido kan...


Satu malam je kat Langkawi. The next day, terus balik Penang sebab the following day mama, abah and Baby Harriz nak balik KL dah..


Cheersss!!!!


10 June 2013

Mr Hubby & Baby Harriz




Both are my heroes. Love them sooooo much!

I kan berpantang  kat rumah parents I kat Penang. Then,  Mr Hubby balik sini pun 2 minggu sekali je. Nak buat macam mana kan, sebab Saturday minggu yang ganjil Mr Hubby kena kerja. So, terpaksalakan... Huhu...

Jadinya, bila Mr Hubby kat sini, memang dia melekat je la ngan Baby Harriz.. Malam-malam pun Mr Hubby yang tolong tengokkan and jaga Baby Harriz. So, dapatla I rehat lebih sikit kan.. Lagipun, niela masanya Mr Hubby nak dekatkan diri and luangkan masa ngan Baby Harriz. Yela, nanti 2 minggu pulak baru boleh jumpa balik kan.



See, alhamdulillah, bertuah sungguh la I dapat husband macam Mr Fly nie kan... :P Hehehe.... Moga-moga berterusan sampai bila-bila la ye..... ;P

Cheersss!!!

8 June 2013

Day-20 – Baby Harriz Makin Membesar :)



Day-20 (25 May 2013), nurse from Klinik Kesihatan Perai datang rumah check-up I and Baby Harriz. Guess what, Baby Harriz dah makin membesar... He is now at 4kg!! Mama sangat happy tengok anak mama cepat membesar.. Semoga Baby Harriz akan terus membesar dengan sihat... Mama sayang sangat Baby Harriz.. J

Baby Harriz day-20

Cheersss!!

7 June 2013

Day-18 – Langgar Pantang & Tupperware



Fine, I dah start langgar pantang larang berpantang nie..Huhu... Nie semua tupperware punya pasal la... (Alasan sebenar dah boring memerap kat umah).. Hehe....

Hari ke-18 berpantang (23 May 2013), my mom dah bawak I and Baby Harriz pergi shopping tupperware... Baby Harriz baik je, tak meragam langsung... Tido je dari keluar rumah sampai la dah sampai kat rumah pun Baby Harriz tido je...



Hasil shopping tupperware hari nie, tadaaaaaa....


  
Cheersss!!

Baby Harriz And Lesung Pipit



I mengaku, I memang obses sangat dengan my baby. Ye la, my first baby kannn.... So, layan je la ek...hehe...

Ok, apa persamaan kedua-dua gambar nie?? Yupp, Baby Harriz ada lesung pipit sebelah kiri pipinya!

Cheerrsss!!!!

5 June 2013

Day 14 – Pusat Dah Jatuh, Yippiee!!





 Yippie!! Pusat Baby Harriz dah jatuh pada hari ke-14... Lama betul nak tunggu pusat Baby Harriz luruh.. My mak bidan bagitau, semakin lambat pusat baby jatuh, semakin panjang la umur baby tersebut. Sejauh mana kesahihannya, wallahualam.. :P

My mom pesan suruh simpan baki tali pusat tersebut elok-elok. Kata orang tua-tua, kalau anak kita terlalu degil, ubatnya > rebus baki tali pusat tue and bagi anak kita minum air rebusan tue<< Sanggup ke macam tue?? Huhu..  Lagi satu, kata orang tua-tua, baki tali pusat kena simpan dalam karung yang sama untuk semua adik-beradik. Tujuannya, supaya adik-beradik boleh bersatu-padu, bekerjasama and berkasih-sayang sesama mereka. Tapi, sejauh mana kesahihannya, wallahualam la kannn...

As for me, kalau nak simpan tue takder masalah la.. Nak simpan sekali dengan adik-adik Baby Harriz nanti pun takder masalah, insyaAllah.Tapi if Baby Harriz degil, memang fikir 100 kali la nak guna cara tue..Memang tak sanggup nak bagi dia minum air rebusan tue..  Hurmmm, terfikir jugak, ada ke mummy-mummy yang betul-betul buat cara macam tue?? Huhu... Hopefully Baby Harriz akan menjadi seorang anak yang mendengar kata Mama and Abahnya... J

Cheersss!!!


4 June 2013

Day 9 – Check up Mama & Baby Harriz



14 May 2013, I ada appointment dengan Dr Ramesh & Baby Harriz pun ada appointment dengan paeds doktor, Dr Francis kat KPJ. I and Baby Harriz kena buat folow up check up jela.. Kiranya nie first time nak keluar dalam pantang la..huhu..

Dr Ramesh kata, I  dah ok, cuma nak tunggu luka betul-betul kering and kena continue makan supplement yang diberi. Lepas nie dah takder check up apa-apa lagi, just kalau nak buat ujian pap smear kena datang after raya nanti.

As for Baby Harriz, Dr Francis pun cakap Baby Harriz ok. And guess what, at day-9, berat Baby Harriz dah pun 3.5 kg!! Cepatnya anak mama membesar!

 Baby Harriz and tok

Cheerss!!

1 June 2013

Baby Harriz Selepas Dilahirkan




Sedihhh tengok video nie... Nielah Baby Harriz beberapa jam selepas dilahirkan.. Kesian Baby Harriz, mengalir air mata mama setiap kali tengok video nie... Mama kesian anak mama kena cucuk sini sana, wayar berselirat kat badan, tangan and kaki, mama paling tak sanggup tengok anak mama perlukan bantuan oksigen...Mama sedih sangat!!

Baby Harriz jadi macam nie sebab doktor suspect Baby Harriz dah tertelan najis masa dilahirkan. Doktor suspect je, tapi bila dah buat x-ray semua, takder pun... Alhamdulillah Baby Harriz dah boleh discharge on 8 May 2013, after 2 nights kat hospital... Mama lega sangat-sangat Baby Harriz tak apa-apa... Alhamdulillah... J

Cheerss!!!

30 May 2013

Baby Harriz Dan Road Tax



Post kali nie pendek je... Baby Harriz kan lahir pada 6 May 2013... We ollss baru perasan yang Baby Harriz lahir pada hari I kena renew my car’s road tax.... Haha.. Kebetulan sangat!!



Kesimpulannya, birthday Baby Harriz sama tarikh dengan birthday kereta mama... J Memang we olllss takkan jual la kereta tue....

Cheers!!!

29 May 2013

Introducing Our New Born Baby



Assalamualaikum semua.....:)

This post purposely nak memperkenalkan our new born baby...

Name: HARRIZ HAKIMIE BIN MOHD HAFIZ
D.O.B: 6 MAY 2013 (25 Jamadilakhir 1434) @ 6.48pm
P.O.B: KPJ Penang Specialist Hospital
Berat Masa Lahir: 3.32 kg
Tinggi Masa Lahir: 50 cm

Baby Harriz day-3


 Baby Harriz day-4

Doakan semoga Baby Harriz menjadi seorang anak yang soleh dan menjadi penyejuk hati kepada Abah and Mama...:)

Cheerss!!!!