Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

21 March 2013

Pregnancy & Books > Part 2





Last week, sempat lagi I beli another book about pregnancy kat Kinokuniya KLCC >Buku Panduan Lengkap Penjagaan Ibu Dan Anak<. Rasanya buku nie memang complete habis, cerita dari mula kita pregnant sampai la penjagaan baby berusia 3 tahun. Siap ada gambar-gambar yang sangat menarik and detail. Perubahan ibu mengandung pada setiap minggu pun diilustrasikan dalam bentuk gambar. 

Ada one chapter dalam buku tue yang buatkan I tak de selera nak makan and takut lak nak melalui proses bersalin. Huhu… Tapi at least, chapter tue menambahkan pengetahuan I and I actually memang nak tahu sangat macam mana proses bersalin tue berlaku. Nak tonton video kat internet, rasa macam lagi tak sanggup sebab rasa macam takut je..


 See, detail kan apa yang cuba disampaikan.

Masa pegi Kinokuniya nie, kitorang bawak my sister-in-law sebab dia nak habiskan baucer buku dia. Then, guess what, she hadiahkan I one book. Tadaaa…..



Thank you sis.. Macam tahu-tahu je yang nak kuar nanti baby boy kannnn… ;P

Cheerrss!!! 

19 March 2013

Tanamera Postnatal Care Set


Pertengahan February ari tue, Mr Hubby dah belikan I set bersalin Tanamera. Lepas dah buat banyak survey, I rasa set bersalin Tanamera mungkin sesuai dengan I. Kebanyakan set bersalin yang lain mesti ada jamu la, pil-pil la, which I lemah sikit bab-bab nak menelan ubat-ubatan dan jamu-jamu nie. Set bersalin Tanamera nie takde la pulak jamu-jamu atau pil-pil yang perlu ditelan, kecuali satu je untuk diminum > herbal tea. Basically, set bersalin Tanamera nie ala-ala spa gitu, kebanyakannya yang nak kena sapu-sapu gitu...


Harga untuk satu set nie RM360.00. I beli kat Central Market. Tapi, boleh je nak beli online kat tanamerapostnatal.com . Tapi biasa la kan, I ngada-ngada nak berjalan skali sebenarnya, tue yang ajak Mr Hubby g Central Market tue. Sambil tue boleh la jugak cuci-cuci mata kann..

Selain daripada Postnatal Care Set nie, I ada add-on 1 lagi Brown Formulation Body Soap & 1 tungku/tuam baby. Sabun tue RM15.00 and tungku/tuam baby pun RM15.00. 



Dalam Postnatal Care Set nie ada 11 item kesemuanya, iaitu:

1. Feminine Herbal Wash
2. Herbal Bath
3. Herbal Tea
4. Boreh Body Scrub
5. Calming Herbal Blend Paste
6. Firming Herbal Blend Paste
7. Postpartum Abdominal (Binder)
8. Lavender Floral Water
9. Herbal Massage Oil
10. Cold Press Virgin Coconut Oil
11. Brown Formulation Body Soap



Maybe ada yang kata I beli agak awal, yela, ada lagi 3 bulan before I deliver baby, tapi lebih baik bersedia awal dari last minit kan...Kalau risau terlupa setiap fungsi produk atau macam mana nak guna setiap produk tue, jangan risau, sebab dalam packaging tue ada disertakan buku panduan skali. Dalam buku nie diterangkan setiap fungsi sesuatu produk dan bagaimana nak guna atau nak bancuh sesuatu produk tue.



Actually, ada sebab lain kenapa I beli awal produk Tanamera Postnatal Care Set nie. Sebabnya, dalam set nie, ada 4 produk yang boleh digunakan lebih awal atau digunakan sepanjang tempoh kehamilan. >>Herbal Massage Oil, Lavender Floral Water, Cold Press Virgin Coconut Oil & Brown Formulation Body Soap<<

So far, I dah guna 4 produk nie. Memang best sangat. Nie nak bagi review sikit:

1. Herbal Massage Oil > Sedap sangat bau minyak nie. Macam bau minyak geliga. Cumanya, minyak nie tak panas langsung. Sedap je bila letak kat kaki sebelum tido.

2. Lavender Floral Water > Bau lavender sangat best. Rasa segar sangat bila percik kat muka, especially masa panas terik atau letih-letih.

3. Cold Press Virgin Coconut Oil > VCO nie guna untuk sapu kat perut untuk kurangkan stretch mark. Best pakai minyak nie, kulit terasa sangat lembut je. Stretch mark pun tak naik banyak since pakai minyak nie. Nanti dah masuk 9 bulan boleh start minum 1 sudu sebelum tidur, untuk memudahkan proses bersalin nanti.

4. Brown Formulation Body Soap > Sabun nie guna setiap kali mandi. Wangi, rasa macam duduk kat spa je. Sabun nie ala-ala sabun scrub gitu. Boleh kurangkan kesan-kesan hitam kat leher and tempat-tempat lain. (Kesan hitam yang tetiba je muncul masa pregnant)


Produk yang lain tak boleh nak review lagi sebab I sendiri pun belum guna lagi. Nanti after deliver baby I review yang others ek.

Cheers!!!



18 March 2013

My baby @ 31 weeks





Entry nie yang I paling excited sangat nak post!! I dah pun wat 3d 4d scan last Saturday. Excited sangat tengok movement baby. My baby siap menguap lagi.  Check this video out :





I wat 3d 4d scan dengan Ms Jezzlyn. At first, available date left only on 20 March and 23 March. But I pulak tak available on that date. So, I message Ms Jezzlyn if there are any available slot for 16 March, but Ms Jezzlyn reply semua slot dah fully booked. I pun minta dengan Ms Jezzlyn if she can add on one extra slot for me because I’m not available on the other date. Luckily for me, Ms Jezzlyn ask me to come at 830 am on 16 March. J I’m so happy…

So, I done the 3d 4d scan at Klinik Fauziah, Ampang. I’m the first patient on that day. Ms Jezzlyn sangat baik, very soft spoken. I sangat berpuas hati dengan service dia. At first, my baby tak nak tunjuk muka. Then Ms Jezzlyn ask me to mengiring sebelah kiri and she try to rangsang the baby, she cakap-cakap and pujuk baby suruh tunjuk muka and senyum. Tapi biasala, pagi-pagi kan, my baby tido lagi :P Serius je dia bila kacau dia tido.. Haha…

I  tak tau nak express macam mana my feeling bila dapat tengok muka baby and baby gerak-gerak macam tue. Rasa happy + terharu + excited = semua feeling pun ada la…..

Pada sapa-sapa yang nak wat 3d 4d scan nie, I memang sangat-sangat recommend Ms Jezzlyn nie. Lagi satu, if let say masa scan tak nampak muka baby, takder charge langsung yang dikenakan. Harga untuk 3d 4d scan nie pun sangat berbaloi, RM120 termasuk cd and print out gambar. Dalam cd tue ada semua video & gambar yang diambil waktu sessi scan dengan Ms Jezzlyn. Sapa-sapa yang berminat boleh klik link kat bawah nie: 


Alang-alang I dah cerita pasal my experience about 3d 4d scan nie kan, ada lagi satu cerita yang I nak share la kan. I bukan nak memburukkan sorang Dr ni, tapi memang boleh terasa beza macam mana Ms Jezzlyn buat scan and Dr nie buat scan. Masa 13 March hari tue, I dah set appointment untuk wat 3d 4d scan kat Columbia Asia Setapak. In fact, kitorang dah pun pegi kat sana. Macam biasa la, consult dengan Dr Sudha Kumari. Tapi, I sangat-sangat tak happy dengan service yang diberi. Dr macam tak nak buat sangat. Dia cuma scan dalam 5 minit, then baby tak nak tunjuk muka, terus dia stop tak nak wat 3d 4d scan. Dia takde pun nak cuba pujuk-pujuk baby or cakap-cakap dengan baby macam mana yang Ms Jezzlyn buat. Bila scan tak dapat, dia minta I dengan Mr Hubby datang lagi 2 minggu. Dah tue dia siap cakap kalau next 2 weeks pun baby tak tunjuk muka memang dah tak boleh wat 3d 4d scan lagi, sebab baby dah besar. At the end, untuk 3d 4d yang tak jadi tue, dia charge kitorang RM83.00!! Sakit hati I uollllsss... Dah la tak dapat nak tengok baby, charge pulak agak mahal. Sia-sia je Mr Hubby ambil cuti hari tue. I terus cakap dengan Mr Hubby, if I ditakdirkan terberanak kat KL pun, I tak nak lagi datang Columbia Asia Setapak. I pun dah start survey other hospital as back up plan.

Tapi, bila dapat buat 3d 4d scan dengan Ms Jezzlyn, I sangat-sangat puas hati. Memang terasa sangat perbezaan antara Ms Jezzlyn and Dr Sudha Kumari. Conclusionnya, I memang highly recommended Ms Jezzlyn. Memang berbaloi-baloi and worth it.

Tak sabar sangat nak tunggu baby keluar lagi beberapa minggu je. Hari-hari I tengok print out scan 3d 4d tue. Saaaaayannnnng sangat kat baby... :)

Cheerss!!!







8 March 2013

Stretch Mark?? OMG!!


Since sekarang I dah pun 7 months pregnant, I perasan yang stretch mark dah pun muncul kat my tummy yang comel lote tue. Luckily, stretch mark tue belum gatal-gatal lagi. My mommy cakap, tak lama lagi akan rasa gatal kat stretch mark tue and we akan keep nak garu je tummy tue. Huhu... Camne ek?

One of my friends suggest sapu baby oil je. And ada jugak my friend yang suggest sapu virgin coconut oil (VCO) >>yang menurut beliau VCO lebih berkesan untuk kurangkan stretch mark berbanding baby oil<< I pun tak pasti kesahihannya.

So, Mr Hubby kan dah beli set bersalin Tanamera for me. Dalam set tue memang dah ada sebotol VCO. So, I pun just guna je la VCO tue. So far, VCO tue memang dapat kurangkan stretch mark kat perut I. Before apply minyak tue, stretch mark tue nampak merah and kulit pun nampak tegang and tak cantik sangat. Tapi after few times apply, merah-merah tue pun dah tak nampak and kulit perut pun rasa lembut je... I loiiiikee :)


Tapi, I tak pasti pulak baby suka atau tak bila I sapu minyak tue kat perut becoz every time after I apply VCO je, baby akan sangat aktif bergerak. Tak tahu la baby suka, happy and sebab tue gerak aktif ataupun baby protes mommy letak minyak tue and kacau dia. Hehe..

Cheers!!


7 March 2013

Air Ketuban Banyak : Is it Safe?


Masa balik Penang time CNY holiday ari tue, I pegi la check up baby kat KPJ Bandar Perda. I memang berniat nak deliver baby kat sana. I consult dengan Dr Ramesh. Masa scan baby, risau I bila Dr Ramesh bagitau yang air ketuban I banyak (polyhydramnio). Tapi, Dr Ramesh kata tak perlu risau sangat. Apa pun kena tunggu result air gula I. (the following week I kena minum air gula yang sangat manis tue).

So, I pun tanya la Dr Ramesh macam mana air ketuban boleh banyak. Dr kata ada banyak faktor. Antaranya sebab mommy ada diabetes/kencing manis. Selain tue, yang merisaukan I >> air ketuban banyak berpunca dari baby<< takut baby ada jangkitan, atau bermasalah dengan denyutan jantung atau baby 'tidak sempurna'. Risau sangat I bila dengar macam tue. 

Dr Ramesh bagitau, kalau air ketuban banyak I berkemungkinan akan melahirkan baby pramatang atau kelahiran yang lebih awal dari due date. Dr siap suruh I ambil leave 2 atau 3 minggu awal before due date. Besides, posisi baby pun akan tak stabil sebab baby akan kerap bergerak dan bertukar-tukar posisi (yela, sebab air banyak dapat la baby berenang dengan gumbiranya dalam perut mommy). So, takut nanti masa dah nak bersalin baby tak berada pada kedudukan yang betul dan terpaksa dibedah pulak. Kalau boleh, I taknak la di operate kan, I nak bersalin normal.

I tanya pulak Dr apa yang boleh I buat untuk normalkan air ketuban tue. Tapi, Dr cakap tak boleh buat apa-apa. Selalunya kalau air ketuban dah banyak, dia takkan boleh dikurangkan lagi. Cumanya, Dr pesan kena kurangkan pengambilan makanan yang manis and banyakkan minum air kosong. Dr cakap, macam mana pun, kena tunggu result air gula kuar dulu.

Balik rumah, cerita la kat family apa yang Dr bagitau. Then, grandmom pun cakap la, kalau ikut orang tua-tua, air ketuban banyak nie bcoz of suka sangat mandi malam (which I memang selalu mandi dalam pukul 9pm). Grandmom pun advise la kalau boleh balik kerja terus mandi and kalau boleh mandi before pukul 7pm. My mom pulak cakap, kalau dah lepas pukul 7pm, tunggu nanti pukul 1 am baru boleh mandi lagi. Huuuu, tak sanggup I tunggu pukul 1 pagi baru nak mandi..

Okla, lepas nie:

  • no more makanan manis >> Milo, kek, etc semua kena kurangkan. Paling bagus kalau boleh elakkan.
  • kena banyak minum air suam
  • & no more mandi after 7pm !!

Cheerss!!!

5 March 2013

Baby Items Checklist


Ok, since I dah pun settle memborong barang-barang baby and some stuffs for myself, so I nak share la the full list barang baby yang I jadikan panduan sewaktu shopping.

Pakaian Baby:
  • Sarung tangan - 3 pasang
  • Sarung kaki - 3 pasang
  • Stokin baby - 1 pasang
  • Baju lengan pendek - 3 helai
  • Baju lubang-lubang - 1 pasang
  • Singlet - 1 pasang
  • Seluar pendek - 2 helai
  • Baju lengan panjang - 1 helai
  • Seluar panjang - 1 helai
  • Rompers - 4 helai
  • Topi - 2 helai
  • Bib - 6 helai
  • Kain bedung - 2 helai (with hood)
  • Barut

Lampin:
  • Lampin pakai buang (newborn) - Mamy Poko
  • Lampin biasa - 12 pcs
  • Pelapik lampin - rasa macam tak perlu. Kalau perlu nanti baru beli
  • Pelapik tukar lampin (changing mat)
  • Tisu basah - 260 pcs
  • Beg lampin / beg baby
  • Botol sembur air
  • Detergent cuci baju baby

Kelengkapan Mandian:
  • Tab mandian
  • Pengalas tab mandian
  • Tuala muka - 2 helai
  • Tuala mandi - 2 helai
  • Sabun mandian baby
  • Syampu baby

Barang Penjagaan Baby:
  • Bedak baby
  • Lotion baby
  • Baby oil
  • Sikat / berus rambut
  • Minyak telon
  • Pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Cotton bud - 100 sticks
  • Cotton ball - 100 balls
  • Nasal aspirator (untuk selsema)
  • Vicks
  • Krim ruam lampin / nappy cream
  • Tuam / tungku baby

Barang Kelengkapan Tidur:
  • Katil baby - rasa tak perlu lagi. Kalau perlu, lepas pantang baru beli
  • Tilam
  • Cadar
  • Selimut - 1 helai
  • Bantal
  • Bolster

Penyusuan:
  • Botol susu - 5 pcs
  • Puting susu - 7 pcs
  • Pam (manual/electric/battery) - Medela Swing
  • Bekas simpan susu
  • Beg pendingin
  • Pek ais
  • Berus botol
  • Termos
  • Bottle sterilizer - NUK
  • Nipple cream
  • Nursing pillow
  • Bottle warmer - Autumnz

Kelengkapan Beriadah / Travel:
  • Car seat / Baby carrier - Fisher Price
  • Stroller - Mr Hubby akan beli semasa tempoh berpantang (berkenan Maclaren Techno XT)
  • Baby rocker - Berkenan Fisher Price. Tengah survey lagi kat internet (lebih murah berbanding kedai)
  • Baby sling - Akan beli selepas pantang
  • Kain pelindung penyusuan (nursing cover)

Keperluan untuk ibu berpantang:
  • Set jamu/penjagaan lepas bersalin - Tanamera
  • Tungku
  • Air selusuh
  • Bengkung panjang - Tanamera
  • Bengkung moden
  • Kain batik - 3 helai
  • Stokin
  • Nursing bra
  • Nursing pad disposable - 24 pcs
  • Maternity pad
  • Tuala
  • Tukang urut - Mommy akan carikan

Just bear in mind:

1) Pakaian baby tak perlu beli banyak sangat because baby akan cepat sangat membesar & mana tahu kalau-kalau ada yang nak bagi hadiah baju kat newborn baby kannn... ;p

2) Lampin pakai buang pun sama, tak perlu beli banyak sangat. Try satu pack dulu. Reason sebab baby akan cepat besar and kita pun tak tahu sama ada baby kita sesuai atau tak dengan lampin pakai buang tue.

3) Lepas dah beli semua barang, especially pakaian kena basuh dulu. Kalau boleh beli la detergent yang khusus untuk baby. Kalau tak pun, just pakai sedikit sahaja detergent yang biasa.

4) Certain item yang rasa tak perlu dibeli lagi, tak payah la beli lagi. Tunggu nanti-nanti pun boleh beli. For example, katil baby >> sebab ada certain mommy lebih prefer baby tidur ngan dorang bcoz senang nak menyusu. (Maybe I am one of them) :)


Ok, semua persiapan baby & mommy dah siap. Sekarang kena buat persiapan mental & fizikal untuk menanti tibanya hari melahirkan nanti. :) :) :) Tak sabar nak tunggu baby kuar..... Doakan kita semua selamat dan dipermudahkan urusan melahirkan nanti...

Cheeerss!!


4 March 2013

Motherhood Expo 2013 - Final Round Hunting Baby Items


Last 1 - 3 March 2013, there was Motherhood Expo 2013 at Kuala Lumpur Convention Centre. So, me & Mr hubby grab this opportunity to search and hunting the baby items. Believe it or not, we went there twice! Once on the Friday night & once on the Saturday afternoon.

Target kali ni memang nak betul-betul completekan list baby items. So, at first me & Mr Hubby pergi on Friday night because kitorang taknak bersesak-sesak dengan ramai orang if pergi on weekend. Sampai sana pun dah pukul 7 lebih, so lepas survey apa yang patut kitorang pun grab few things. >>breastpump (Medela Swing & City Style bag & foc nipple cream - RM828), baby carrier (Fisher Price - RM340), nursing pillow (BumbleBee - RM59), liquid cleanser (BumbleBee - RM30) & bottle warmer (Autumnz - RM75)<< Kitorang kat sana sampai most of the booth pun dah tutup la kiranya.

Saturday, kitorang tak plan pun nak pegi lagi. Plan asal just nak pegi beli I nye Biotherm cleanser, but since Biotherm pun ada kat KLCC so Mr Hubby ajak je la pegi KLCC. Alang-alang dah pegi KLCC lagi, kitorang pun ambil la kesempatan tu untuk pegi Expo tue skali lagi.

Second time nie dah tak beli barang besar-besar macam semalam dah. Kali nie beli yang kecil-kecil je such as baby detergent, sikat baby, nasal aspirator, nursing cover, bengkung moden, thermometer, bib, baby bag & etc. This round, we spent RM365 only.



I think Motherhood Expo kali nie berbaloi kalau beli barang yang besar-besar (fizikal & kos), sebab harganya agak murah kalau compare kat tempat lain. Contohnya breastpump Medela Swing & beg City Style, setakat yang I survey paling murah untuk pakej nie I jumpa RM879. Yang I beli only RM828 plus f.o.c. nipple cream (normal price RM30) lagi. Nursing pillow BumbleBee yang I pernah jumpa RM100++ tapi kat expo nie just RM59 only!

Tapi yang tak berapa bestnya expo nie, kalau sapa-sapa yang nak cari pakaian baby, agak mahal or takder yang murah. Tak macam 'Mother, Baby & Kids Expo' kat PWTC dulu, kat sana pakaian baby sangat murah. Even jenama Disney Baby pun boleh dapat RM10 je sepasang.

Keseluruhannya, complete la sudah my baby item checklist. Tunggu next post nanti I share the full list baby item ye... :)


Cheerss!!

25 February 2013

Pregnancy & Flight : Wedding Anniversary Trip Yang Terpaksa Di Cancelkan


Last year, masa Air Asia ada buat promo free seat, Mr Hubby and his best friends ada la booking tickets for us (3 couples)  KL-Tawau-KK-KL. Actually, they booked the tickets for 21 - 25 February 2013 (which is today we supposed to come back from KK). But unfortunately, me & Mr Hubby cannot join the trip. So, the other 2 couples je la yang pergi sana. Me & Mr Hubby kenala burn ticket macam tue je..huhu..

Actually, me & Mr Hubby planned this trip gonna be our wedding anniversary trip la konon-konon nya. Last year, wedding anniversary trip kitorang pegi Cameron Highlands. So, this year we plan nak pegi Tawau & Kota Kinabalu la. Masa beli ticket tue, I belum pregnant lagi. So, kita just book je la mana-mana date yang agak-agak dekat dengan our anniversary. Tapi, sebab sekarang dah pregnant and dah 28 weeks pun, so tak nak la ambil risiko naik flight lagi.

Kalau pregnant mommies nak naik flight, ada beberapa policy yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan. Ini adalah polisi Air Asia bagi ibu mengandung yang nak naik flight (copy from Air Asia website):

Your safety and wellbeing is important to us, so if you are a pregnant guest or are traveling with one, please take note of the following tips, terms & conditions:

Some tips:

All airlines recommend that you consult your doctor before traveling at any point in your pregnancy.

1. Play it safe by getting a letter from your healthcare provider.

2. You won't – and shouldn't – get one if your pregnancy is considered high-risk.

3. For your return trip, please take your due date into consideration. And before you plan a cross-country or international flight, remember how you'll feel squeezed into a seat for hours.

Important! Terms & Conditions:

It is the duty of pregnant passengers to advise us of the progress of their pregnancy at the point of booking of Seat and at the check-in counter. Our carriage of pregnant passengers are subject to the following conditions:

a. Pregnancy up to 27 weeks (inclusive): Guest must sign AirAsia/AirAsia X Limited Liability Statement at the time of check-in to absolve AirAsia/Airasia X against any liabilities arising there from.

b. Pregnancy between 28 weeks to 34 weeks (inclusive):
- Submission of an approved doctor's medical certificate required. 
- Doctor's medical certificate confirming the number of weeks of pregnancy and the certificate shall be dated not more than thirty (30) days from either the scheduled outbound or the scheduled inbound flight departure date as the case may be .
b2. Guest must sign AirAsia/AirAsia X Limited Liability Statement at the time of check-in to absolve AirAsia/AirAsia X against any liabilities arising there from.

c. Pregnancy 35 weeks and above: carriage not permitted on AirAsia/AirAsia X. 


Selain tue, I nak share la jugak pandangan dari American College of Obstetricians & Gynecologists. According to them, tiada halangan pada wanita hamil yang tidak mempunyai apa-apa masalah untuk naik flight. Namun, untuk kandungan berusia 36 minggu dan ke atas, ibu hamil tidak digalakkan untuk naik flight.

For those yang ada komplikasi kehamilan dan berisiko tinggi, memang tidak digalakkan naik flight. For example, those yang ada tekanan darah tinggi, kencing manis yang tak terkawal, uri yang berada di bawah (placenta previa) dan yang berisiko untuk kelahiran pramatang.

So, after deep thought, me & Mr Hubby rasa tak perlu la we both ambil risiko even so far I don't have any problem. Hasil pembacaan juga ada yang mengatakan tak selamat bagi ibu mengandung naik flight kerana gegaran & tekanan udara yang rendah dalam kabin boleh merangsang kelahiran pramatang dan keguguran. Jadi, kenapa nak ambil risiko lagi kan?? Bak kata omputeh, prevention is better than cure.

Tapi, for those yang takder choice and terpaksa jugak naik flight during pregnancy, better consult with your doctor first. They know better than us.. 

So, wedding anniversary trip yang nie dah cancel, tak tahu la Mr Hubby baik hati tak nak buat replacement wedding anniversary trip ke tempat yang lebih sesuai untuk ibu mengandung..hehe...tunggu je la....

Cheers!!


14 February 2013

CNY Sales - Hunting Baby Items Second Round


Happy Chinese New Year dear readers!! It is the year of SNAKE...wuhuuu.. 

During festive seasons in Malaysia, what we normally do??? ahhaaa... Please agreed with me, that we Malaysian loves shopping during the festive seasons. The reasons >> of course la there are so many sales during that time. =)

I also do not miss this opportunity to participate in the CNY sales. But this time, I am hunting baby items, of course. Target >> to complete my baby's items checklist <<

So, let's check out what have I bought during this CNY sales :



We are done shopping these items in Sogo and Mont Kiara. Baby's bath tub, baby blanket, napkin, cotton buds, lotion & etc. We also bought NUK's bottle sterilizer for RM299 >> the best part we also got free items like 3 NUK bottles, baby sponge, baby teethe,  pacifiers & 1 set travel pack of baby lotion, baby bath, baby cream and baby shampoo <<.

This time we spent around RM590 for all these items (including the sterilizer). 

I need to update my baby items checklist again. I will share the complete list of baby items checklist in next post.


Cheers!!!


21 January 2013

Hunting Baby Items - First Round



Yesterday, me & Mr Hubby went to 'Mother Baby Kids Expo' at PWTC (on the last day of the expo). We are planning to just survey the baby items. But, at the end....... tadaaaaaa!!!


Haha!! We spent around RM280 for all these items. I'm very excited to purchase baby items!! Baby items are sooooo cute!!! And the price there is reasonable (Can said cheap also)..



I need to update my baby items checklist for the second/final round hunt our baby items, possibly in March :)

Cheers!!!



17 January 2013

Pregnancy & Books


I love being a pregnant lady!! To be a great mom to my child, I must prepare myself with motherhood knowledge. (Other than learned from others experience, I also must read some books to add my knowledge).

So far, during five months of pregnancy I already bought 4 books about pregnancy & parenting. But, I'm not finish read all the books yet! Haha..

The first book I bought during my first trimester: 



Yup, it is 'Amalan & Petua Al-Quran Buat Wanita Hamil'. What I like about this book, it has lots of doa that is suitable for pregnant woman. Besides, it also has surah from Al-Quran that are suggested for pregnant lady to recite such as Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yassin & Surah At-Taubah. Other than that, it also has combination of Islamic name for son & daughter. Most importantly, the size of this book makes me easy to put it inside my handbag and bring wherever I go.







These three books I bought during the Big Bad Wolf Book Sales end of 2012. The 'Simple Principles For A Happy And Healthy Pregnancy' is the best! Yeah, it is the 'all we need to know' book about pregnancy. I am highly recommend all pregnant mother or mother-to-be to read this book.



Currently, I'm still reading the 'Baby & Toddler Checklist'. And I think the last book 'You Raising Your Child', I will read it during my confinement period.  



Cheers!!!


16 January 2013

The Best Time For 3d 4d Scan


Yesterday I & Mr Hubby was on leave. We planned to do the 3d 4d scan for our baby. So, we decided to do the 3d 4d scan at Columbia Asia Hospital, Setapak. After registration, we choose to consult with Dr Sudha Kumari. She's very nice and always smile (in fact, she has a very sweet smile).

This week, I'm on 22nd weeks of pregnancy. Dr Sudha explained that the best time to do 3d 4d scan is on 28 weeks to 32 weeks of pregnancy.

The reasons she not encourage us to do the 3d 4d scan at this time (on my 22nd week of pregnancy) because:

     1) The baby is skinny and the size is still small. In fact, baby doesn't have a proper skin and flesh yet. So, the image would not be so clear.

     2) It is better to do 3d 4d scan once or maximum twice for each pregnancy. This is because the wave of the ultrasound might give effect to the baby. The wave and vibration is more higher than 2d scan. Although there is no scientific evidence yet, but according to Dr, it is better safe than sorry. 

She told us that she need to explain first, but then it is up to us whether to do it now or later. So, we take Dr's advice (we don't want to take risk since she is more knowledgeable & experienced). So, we decided to just do the 2d scan.

We're so happy seeing the baby's movement. The baby is soooo active. Most important, the baby also healthy. Look forward to do the 3d 4d scan on my 28 weeks of pregnancy!!

Cheers!!!

8 January 2013

Usaha Untuk Mendapatkan Baby : LPPKN



Assalamualaikum semua :) This entry I nak share about my experience going treatment with LPPKN (which actually I didn't complete the treatment pun coz I dah pregnant). Bila usia perkahwinan dah almost 1 year & ramai sangat yang asyik tanya pasal baby, I ajak Mr Hubby g check up kat LPPKN. I choose LPPKN coz I dengar ramai yang berjaya mendapatkan baby bila dapat rawatan kat sana. Luckily, Mr Hubby pun ok je bila I ajak.

So, we start our check up / treatment with LPPKN on 2nd February 2012. Before pergi sana of course la kena call dulu and set the appointment date. Then, the staff there will advise what we should do before pergi sana. Apa yang I still ingat, we cannot make love for at least 3 days before the date. First time check up, both husband & wife kena datang together. 



After registration semua, Mr Hubby kena naik tingkat atas. There, dorang akan check husband's sperm (the quality & quantity as well). This is the reason why we cannot make love for at least 3 days. Macam mana they keluarkan sperm tue, apa yang Mr Hubby cerita, dorang masukkan Mr Hubby dalam 1 bilik and tayang 'adult video' & Mr Hubby kena keluarkan semen & tadah dalam 1 bekas.

As for myself, I kena stay je kat tingkat bawah untuk check up yang lain. Dorang ambil sample darah untuk test hormon & sebagainya. Actually, kena datang balik untuk test darah masa period hari yang ke 2 atau 5, but luckily I memang period hari ke-2 at that day, so terus settle 1 part. Bila Mr Hubby turun, Mr Hubby pun kena ambil sample darah.

Then, staff kat situ minta kami call 1 klinik x-ray nie(Klinik x-ray nie nearby je ngan LPPKN) untuk set appointment for x-ray HSG. X-ray nie tak salah I kena buat sebelum hari ke-10 period. Tujuan x-ray nie adalah untuk tengok if our fallopian tube is ok or not. Ada tersumbat ke tak ke. And if ada tersumbat sikit, by doing HSG x-ray nie, dia boleh clearkan apa yang tersumbat tue.

So, on 8th February 2012 I pun buat la x-ray HSG nie. Ngeri la jugak bila kena experience benda tue. Doktor akan masukkan 1 alat (I think camera) dalam Miss V kita. Then, (through monitor) I nampak ada cecair yang dimasukkan dalam my rahim. Doktor minta I mengiring sebelah kanan, then I nampak the liquid tue pun mengalir kat fallopian tube sebelah kanan. Then doktor minta I mengiring sebelah kiri pulak. Memang rasa senak bila dorang masukkan benda tue. I rasa macam nak pitam pun ada. Habis je dorang xray, nurse bagi pad sebab normally akan ada sedikit bleeding. Doktor pun bagi xray result and I need to bring the result when consultation session with LPPKN's doctor.

Habis cerita pasal HSG, on 20th February 2012, I kena datang alone to LPPKN coz dorang nak ambil sample darah lagi. Dorang kena ambil darah masa period hari ke-19 / 20. This time, just darah wife je yang dorang ambil. Sekejap je, sebab just ambil darah.

Next appointment, kena jumpa doktor untuk consultation. Doktor akan explain pasal result x-ray HSG and treatment yang doktor fikir sesuai untuk kita. On 20th March 2012, kami pun jumpa our doctor (Dr Abd Ghafar). Doktor cakap Mr Hubby memang takder masalah langsung. Sperm active, quantity cukup & quality pun bagus. But for myself, I have hormon problem. My hormon tak stabil. And based on result HSG x-ray, doktor kata my fallopian tube pun tak sama saiz. For both kanan & kiri, separuh tube saiz kecil and separuh tube saiz besar. Doktor kata sepatutnya kena saiz kecil sahaja. Doktor kata, kalau situasi macam nie, takut nanti I akan pregnant luar rahim. OMG, I sangat upset dengan result nie.. Hati ini hanya Allah yang tahu macam mana perasaannya. I tak nak menangis depan Mr Hubby, sebab I rasa dia pun sedih.

So, doktor pun suggest a few treatment yang sesuai dengan kita:
     
     1)Doktor akan bagi I makan ubat untuk hasilkan telur yang lebih. Means, ubat tue akan tolong keluarkan 4 biji telur sekali period cycle. Mr Hubby tak perlu dibuat apa-apa. By this way, possibility untuk dapat anak bukan sahaja ada, malah untuk dapat kembar pun chances nya agak tinggi.

     2) Cara yang lebih kurang sama dengan cara 1. I akan makan ubat hasilkan banyak telur. Dalam masa yang sama, doktor akan ambil sperm yang berkualiti from Mr Hubby and senyawakan dalam rahim I pada waktu subur. Possibility untuk nak dapat baby by this way lebih tinggi berbanding cara 1.

     3) Jika dua-dua cara dah dicuba beberapa kali tapi masih tak dapat, doktor akan suggest persenyawaan luar rahim. Doktor akan keluarkan telur wife and husband's sperm and senyawakan di luar. Bila dah disenyawakan, dia akan masukkan telur yang dah disenyawakan dalam rahim wife balik. The third way nie doktor tak berapa galakkan sebab sangat costly tapi chances nak dapat baby lebih tinggi.

So, what happen to us...we delay the treatment until June (sebab terlalu bz dengan urusan seharian). In July (when my first day period), I called the LPPKN to set an appointment for the first treatment. But, masa tue bulan puasa. The staff there bagitau dorang tak buat treatment masa bulan puasa. So, I kena call balik after raya. Frust la jugak sebab I dah excited sangat nak dapat baby masa tue.

After raya pulak, kena la tunggu first day period baru boleh call untuk set an appointment. Tapi I still tak period jugak even dah lebih 1 bulan raya. And guess what, the good news is I dah pun PREGNANT!!! So, that's why la I tak complete the treatment there. :)

Cheers!!!


3 January 2013

Usaha Untuk Mendapatkan Baby : Pemakanan

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan zuriat sendiri. Yes, baby nie salah satu rezeki dari Allah Taala, tapi sebagai hambaNya kita pun kena la berusaha sedaya yang termampu untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Kata orang, usaha dan doa perlulah disertakan juga dengan tawakal kepada Yang Esa kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita & Dia lah sebaik-baik perancang untuk kita.

So, for kawan-kawan yang masih berusaha untuk mendapatkan baby, jangan putus asa, jangan mengalah & jangan pernah berhenti berdoa. Teruskan berusaha dan berdoa, insya Allah satu hari nanti Allah akan kabulkan juga doa kita.

As for myself, I dah berkahwin for one and a half year (I kahwin on 11 March 2011), baru I disahkan pregnant. Dah macam-macam usaha dilakukan untuk mendapatkan zuriat. Memang teringin sangat nak anak sendiri. Paling sedih & terasa bila ramai saudara & kawan-kawan dah mula tanya sama ada dah pregnant atau belum. Jeles pulak bila tengok ramai member yang baru je kawin terus pregnant. I pun pernah terlintas untuk ambil anak angkat je, tapi Mr Hubby tak nak bcoz dia kata anak angkat tak sama macam anak sendiri.

So, this time I nak share about my usaha (dari segi pemakanan) untuk mendapatkan baby. Actually, macam-macam usaha I dah buat untuk mendapatkan zuriat nie, termasuklah dari segi pemakanan, perubatan, hubungan sewaktu bersama suami, hubungan dengan orang sekeliling dan macam-macam lagi la. But, this post I will concentrate on pemakanan. Next time, I will share about usaha yang lain k... :)

I pun banyak ambil nasihat, pengajaran, panduan & pengalaman dari member-member & orang-orang yang lebih berpengalaman. So, dari segi pemakanan, inilah yang I dah ikhtiarkan:

1)Susu kambing
     Susu kambing ni I akan minum every morning. Walau tak tahan bau dia sekalipun, I gagahkan juga. Mr Hubby akan beli 14 botol untuk stok 2 minggu. Susu kambing nie boleh tahan as long as kita letak dalam freezer. I akan make sure everyday ada 2 botol simpan kat chiller, yang lain semua akan disimpan kat freezer. 2 minggu sekali Mr Hubby akan beli susu kambing dari sorang pakcik di Ampang, satu botol dalam RM4.50.

susu kambing yang Mr Hubby beli

Susu kambing nie kena make sure yang betul-betul perah dari kambing. Actually, yang bentuk serbuk tu tak digalakkan sangat sebab khasiatnya pun dah berkurangan, sebab dah dijadikan dalam bentuk serbuk kann.. I amalkan susu kambing nie sampai la I dah disahkan pregnant. Once dah disahkan pregnant, I stop sekejap sebab kata orang susu kambing nie panas.

2) Madu
     Madu I akan minum setiap petang lepas balik kerja. Bancuh je madu ngan segelas air suam, terus minum. Kalau boleh kena la ambil madu yang original, atau at least yang campuran gula nya tak banyak sangat. I ambil madu dari Yummy House, tapi harganya agak overprice. Disebabkan taste dia yang sedap & rasa macam tue madu original (since dia takder expired date, warna madu yang berbeza walaupun dari sama jenis, rasa nya tak berasid), I continue je amek madu tue.


   


3) Buah hawa / buah zuriat
     Buah hawa nie Mr Hubby beli dari satu kedai arab sebelah Pertama Complex (kat Medan Mara kot). Nama kedai tue Al Dukan Al Arabi. Murah je harga dia, dalam RM 5 sepasang. Kalau ada yang jual sampai berpuluh-puluh ringgit tue, lupakan je la. Buah nie from Mekah. Kalau kat Mekah harganya dalam RM 0.60 sebiji. 


buah hawa

Buah hawa nie seakan-akan buah kelapa. Kulitnya sangat keras dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk mengopeknya. Dalam sabut tue ada macam tempurung kecil, then dalam tempurung tue ada isi yang berwarna putih.

buah hawa yang telah dibelah

Mr Hubby terpaksa menggunakan parang untuk mengopek buah hawa nie. Lepas dah dibuang sabutnya, I rebus buah hawa tue. I buat 2 cara, 1 cara I pecahkan tempurung buah hawa tue then rebus isi warna putih tue and 1 lagi cara I tak pecahkan tempurung buah hawa tue tapi terus je I rebus tempurung tue. Air rebusan akan bertukar kepada warna oren keperangan. 

Sebelum nak minum air nie, better tapis dahulu air rebusan tue. Bcoz tak nak la kita terminum sekali dengan habuk-habuk kecil dari buah tue. Takut nanti akan dapat penyakit lain lak.

Ada yang cakap better minum selama 40 hari, tapi I belasah je minum walaupun dah over 40 hari. I amalkan setiap malam sebelum tidur. Mr Hubby pun minum juga. Sejauh mana keberkesanan buah nie, kita tawakal je la kepada Yang Esa.

4) Debunga Kurma


     Debunga kurma nie pun I beli from kedai arab kat Medan Mara (Al Dukan Al Arabi). Harganya RM25.00 sebotol. Debunga kurma nie dalam bentuk serbuk. So, cara nak buatnya >> Kita ambil serbuk debunga kurma nie, campur sedikit dengan air masak (air tue sangat sedikit). Then, agak adunan tue dah boleh dibentuk, buat bulat-bulat ala-ala makjun. Bila dah buat akan dapat banyak biji juga la. So, I just keep dalam chiller je. Setiap malam sebelum masuk bilik nak tidur, I and Mr Hubby akan telan seorang sebiji.

5) Pantang makanan yang tajam
     Yang nie haruslah kann...Makanan yang tajam macam nenas, cuka, minuman bergas & etc memang patut dielakkan. I memang tak ambil langsung makanan yang I rasa macam 'tajam' ni sejak I memang nak sangat baby. 

Oklah, pada kawan-kawan yang masih mencuba, teruskan berusaha, berikhtiar dan berdoa. Yakinlah dengan ketentuan Yang Esa. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

Akhir kata, marilah kita bersama-sama meramaikan umat Adam di muka bumi ini.

Cheers!!!


28 December 2012

Tanda-tanda Awal Kehamilan

I nak share about my experience macam mana I detect that I'm pregnant, I mean the symptoms. Before I do the UPT (Urine Pregnancy Test), I always surfing the internet, looking for pregnancy symptoms. Yelah, I tak nak rasa kecewa lagi if the UPT result negative (bcoz dah banyak kali test UPT but the result keep negative je). So, what can I found from the internet (most of the web give almost the same symptoms) & apa yang I experienced sendiri :

1) Breast terasa sakit & tegang
     Breast terasa sakit & tegang macam tanda2 nak period. Almost a week jugak la I rasa macam nie. I tunggu jugak kalau-kalau period ke, tapi sampai rasa sakit tue dah hilang pun I still tak period period jugak.

2) Senak pada ari-ari
     This symptom pun macam tanda-tanda nak period. Rasa sengal-sengal, nyilu & senak je kat ari-ari. Yang nie I rasa seminggu lebih, tapi sampai sengal-sengal tue dah tak rasa lagi I still tak period period jugak.

3) Pitam
     This one suddenly je I rasa. Masa tue kat opis..I kuar je from toilet, I rasa lemah & seram sejuk macam nak pitam. Sampai je kat meja opis, I terus terbaring bawah meja. Then, my colleague bawak I pergi rehat kat surau. Nak kata I letih sangat tue, xder la...Before tue elok je dok bergosip ngan my colleague.

4) Mengidam
     Eventhough masih terlalu awal untuk symptom ini, tapi I rasa memang I mengidam. Tapi goreng pisang je pun..hehe...Macam mana I rasa I macam mengidam, sebab masa tue memang I nak sangat makan goreng pisang, then Mr Hubby pun beli la goreng pisang kat satu gerai nie. Tapi, I tak nak makan sebab I nak goreng pisang from other gerai. The next day, Mr Hubby pun pegi la beli kat gerai yang I maksudkan tue. Then bila dah dapat, I makan tak banyak pun, sikit je tapi memang rasa puas sangat.

5) Kerap Buang Air Kecil
     Orang cakap kita akan always pee sebab baby macam menekan punding kencing kita. Tapikan, memang betul tau...Bcoz setiap satu setengah jam I mesti rasa nak pee. So, kalau kat ofis tue, adala dalam 6 7 kali jugak la I pergi toilet.

6) Lambat datang period
     Of course la kan, nie common symptom la kann.. Tapi, period I memang tak tetap, so susah sikit la nak tentukan. Tapi, as long as dah lebih 35 hari from previous period, I consider dah boleh check UPT la tue (memandai buat teori sendiri)

7) Naik Bintik-Bintik Merah Kat Dada
     This one is the last symptom yang buatkan I terus bertekad nak buat UPT. Kat bahagian dada I tetiba je banyak bintik-bintik merah macam ruam, tapi tak gatal. Symptom yang ni I tak jumpa kat internet tapi my mom yang pernah bagitau, ini pun salah satu symptom pregnant.

So, after I ada sedikit keberanian untuk buat UPT, early morning 6.30a.m on 24 September 2012 I buat la test tue. Masa tue Mr Hubby dah pergi kerja. I purposely tak nak buat masa dia ada sebab tak nak dia kecewa kalau result negative. So, resultnya.....


 double line means I'm pregnant!!! :)

Terlompat-lompat I kat depan pintu toilet sebab tengok ada 2 line. Sengih sampai ke telinga, haaaaappppy sangat. Allah je la yang tahu macam mana perasaan I masa tue. Terus I mms gambar kat Mr Hubby. Mr Hubby call I, terbatuk-batuk dia sebab happy sangat. (My Mr Hubby slalu terbatuk-batuk kalau sangat happy atau nervous). So, mood hari tue pun sangat la baik. Buat semua benda pun senyum ja... Syukran ya Allah.. Selepas setahun setengah kami menanti & macam-macam cara dah diikhtiar untuk mendapatkan zuriat, akhirnya Allah makbulkan juga doa kami. Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah.

Balik kerja je, Mr Hubby ajak pegi check kat klinik. Doktor pun wat UPT jugak. Even dah malam pun, tapi 2 line merah tue sangat terang benderang. Doktor confirmkan yang I dah pregnant for 6 weeks. Happy sangat. Malam tue jugak kitorang inform family. Semua pun happy sebab masing-masing dah nak naik pangkat. Mak, Abah, Mama & Abah dah naik pangkat jadi datuk & nenek. Adik-beradik yang lain pun semua naik pangkat jadi Mak Ngah, Pak Lang, Pak Njang, Maksu.

Lupa pulak, of course la semua excited bcoz they are also waiting so long for this moment!!

Cheers!!!