7 June 2013

Baby Harriz And Lesung Pipit



I mengaku, I memang obses sangat dengan my baby. Ye la, my first baby kannn.... So, layan je la ek...hehe...

Ok, apa persamaan kedua-dua gambar nie?? Yupp, Baby Harriz ada lesung pipit sebelah kiri pipinya!

Cheerrsss!!!!

5 June 2013

Day 14 – Pusat Dah Jatuh, Yippiee!!





 Yippie!! Pusat Baby Harriz dah jatuh pada hari ke-14... Lama betul nak tunggu pusat Baby Harriz luruh.. My mak bidan bagitau, semakin lambat pusat baby jatuh, semakin panjang la umur baby tersebut. Sejauh mana kesahihannya, wallahualam.. :P

My mom pesan suruh simpan baki tali pusat tersebut elok-elok. Kata orang tua-tua, kalau anak kita terlalu degil, ubatnya > rebus baki tali pusat tue and bagi anak kita minum air rebusan tue<< Sanggup ke macam tue?? Huhu..  Lagi satu, kata orang tua-tua, baki tali pusat kena simpan dalam karung yang sama untuk semua adik-beradik. Tujuannya, supaya adik-beradik boleh bersatu-padu, bekerjasama and berkasih-sayang sesama mereka. Tapi, sejauh mana kesahihannya, wallahualam la kannn...

As for me, kalau nak simpan tue takder masalah la.. Nak simpan sekali dengan adik-adik Baby Harriz nanti pun takder masalah, insyaAllah.Tapi if Baby Harriz degil, memang fikir 100 kali la nak guna cara tue..Memang tak sanggup nak bagi dia minum air rebusan tue..  Hurmmm, terfikir jugak, ada ke mummy-mummy yang betul-betul buat cara macam tue?? Huhu... Hopefully Baby Harriz akan menjadi seorang anak yang mendengar kata Mama and Abahnya... J

Cheersss!!!


4 June 2013

Day 9 – Check up Mama & Baby Harriz



14 May 2013, I ada appointment dengan Dr Ramesh & Baby Harriz pun ada appointment dengan paeds doktor, Dr Francis kat KPJ. I and Baby Harriz kena buat folow up check up jela.. Kiranya nie first time nak keluar dalam pantang la..huhu..

Dr Ramesh kata, I  dah ok, cuma nak tunggu luka betul-betul kering and kena continue makan supplement yang diberi. Lepas nie dah takder check up apa-apa lagi, just kalau nak buat ujian pap smear kena datang after raya nanti.

As for Baby Harriz, Dr Francis pun cakap Baby Harriz ok. And guess what, at day-9, berat Baby Harriz dah pun 3.5 kg!! Cepatnya anak mama membesar!

 Baby Harriz and tok

Cheerss!!

3 June 2013

Happy 27th Birthday Dear Hubby



~This post specially dedicate to Mr Hubby~


Dear Hubby,
Your birthday reminds me of how lucky I am,
Not because of the house and cars,
Not because the clothes and jewelry,
But because of your never ending love,
And your ever sizzling hotness...
Happy birthday to the most loving and hottest husband in the world!!

Cheersss!!!

1 June 2013

Baby Harriz Selepas Dilahirkan




Sedihhh tengok video nie... Nielah Baby Harriz beberapa jam selepas dilahirkan.. Kesian Baby Harriz, mengalir air mata mama setiap kali tengok video nie... Mama kesian anak mama kena cucuk sini sana, wayar berselirat kat badan, tangan and kaki, mama paling tak sanggup tengok anak mama perlukan bantuan oksigen...Mama sedih sangat!!

Baby Harriz jadi macam nie sebab doktor suspect Baby Harriz dah tertelan najis masa dilahirkan. Doktor suspect je, tapi bila dah buat x-ray semua, takder pun... Alhamdulillah Baby Harriz dah boleh discharge on 8 May 2013, after 2 nights kat hospital... Mama lega sangat-sangat Baby Harriz tak apa-apa... Alhamdulillah... J

Cheerss!!!

31 May 2013

Mr Hubby Dan Nazar





Hari ke-3, Baby Harriz dah boleh keluar dari hospital. Memang happy sangat. Sampai je umah parent I, Mr Hubby settle apa yang perlu (tempat tido I, barang baby, my stuff, etc), then Mr Hubby hilang jap. Katanya nak ke pasar nak cari ikan haruan for me. Ok la kannn....

Suddenly I dapat whatsapp from Mr Hubby. Terkezut I tengok dia dah botakkan kepalanya!! Haha... Then, barula I teringat yang Mr Hubby dah bernazar nak botakkan kepalanya if kitorang dapat baby...So hasilnya, macam gambar di atas la...

To Mr Hubby, jangan marah ye, I letak pic nie... U kiut sangat :P Haha.....

Cheerss!!!


                                 

30 May 2013

Baby Harriz Dan Road Tax



Post kali nie pendek je... Baby Harriz kan lahir pada 6 May 2013... We ollss baru perasan yang Baby Harriz lahir pada hari I kena renew my car’s road tax.... Haha.. Kebetulan sangat!!



Kesimpulannya, birthday Baby Harriz sama tarikh dengan birthday kereta mama... J Memang we olllss takkan jual la kereta tue....

Cheers!!!

29 May 2013

Introducing Our New Born Baby



Assalamualaikum semua.....:)

This post purposely nak memperkenalkan our new born baby...

Name: HARRIZ HAKIMIE BIN MOHD HAFIZ
D.O.B: 6 MAY 2013 (25 Jamadilakhir 1434) @ 6.48pm
P.O.B: KPJ Penang Specialist Hospital
Berat Masa Lahir: 3.32 kg
Tinggi Masa Lahir: 50 cm

Baby Harriz day-3


 Baby Harriz day-4

Doakan semoga Baby Harriz menjadi seorang anak yang soleh dan menjadi penyejuk hati kepada Abah and Mama...:)

Cheerss!!!!

28 May 2013

All About 'First Time'

Sawang..Bersawang...Banyaknyer sawang!!! Lama giler tak update blog nie, dah more than a month!! Bukan apa, April ari tue merupakan bulan yang sangat bz..Yela, I kan akan bercuti panjang in May, so terpaksala settlekan semua kerja before bercuti kan... Kerja yang di delayed dah la berlambak, ditambah pulak dengan kerja-kerja ad-hoc yang perlu diselesaikan in April, memang harusla blog nie bersawang for a month..huhu...

I dah pun start ambil leave untuk persediaan bersalin bermula 4 May 2013. And, pada ketika post nie ditaip, I dah pun selamat melahirkan ‘Fly Junior’.Tapi cerita and experience tue akan I sharekan pada next post ok...Post kali nie I nak cerita pasal first time. Apa yang first time nyer? Banyak benda ‘first time’ yang terjadi dalam hidup I sejak I mula cuti nie...jeng jeng jeng!!!

First time yang pertama adalah >>kena seluk uollsss!! 4 May ari tue I g check up with Dr Ramesh kat KPJ Perda. Masa tue ada dalam 16 hari lagi before due date. Dr tanya I dah mula rasa sakit atau ada apa-apa tanda nak bersalin yang lain tak.I pun bagitau doktor perut I rasa sakit kat bahagian ari-ari, sometimes perut rasa cekang sangat, macam nak meletup and lately nie ada cecair jernih yang keluar tapi sikit-sikit je. Then, doktor terus suruh I baring, dia nak wat check up sket. I tak expect langsung dia nak check bukaan ok...I baca dalam internet, ramai yang cakap bila check bukaan sakit la, tapi bila Dr Ramesh check seriusly I tak rasa sakit langsung. Dr Ramesh cool and relax je..Bila dah check, doktor cakap belum buka lagi..Yang cecair tue adalah keputihan normal bila dah nak hampir ngan due date..Okla, baby tak ready nak keluar lagi sebab nak mengundi dulu esok..hehe..

First time yang kedua adalah >>mengundi uolss...The other reason I balik kampung this time bcoz of the 13th General Election..Even dah 27 tahun, this is first time I mengundi ok..Masa PRU 12 ari tue (in 2008) I belum lagi mendaftar..hehe...Excited la jugak nak mengundi kali nie..Maklumla, kawasan I mengundi nie dikira kawasan hot jugak la..>>Parlimen Permatang Pauh and DUN Seberang Jaya<< Apa yang best nya, lepas je dah buang undi, I and Mr Hubby pergi la merayap meninjau kawasan-kawasan berdekatan..Kitorang lalu area Permatang Pauh, memang meriah suasana kat sana..Rasanya Raya Puasa pun tak semeriah nie..hehe...





Seronok tau, kalau kita pasang bendera sama parti ngan orang lain, bila kenderaan bertembung ja semua pun mesti hon..Tue belum kira orang-orang yang berdiri sepanjang jalan sambil kibar bendera and bunyikan hon tangan...Meriah giler!!!

First time yang ketiga adalah >>bersalin, of course...Macam I dah mention kat atas tadi, I dah pun selamat melahirkan seorang hero sehari after pilihan raya>>6 May 2013<<.. Ini of course la pengalaman pertama kan...Tapi I akan ceritakan pengalaman nie dalam next post k...Tungguuuu...hehe...

First time yang keempat >> admitted hospital..Bila dah bersalin, mestila kena admit hospital kan...Nie pun first time I masuk ward tau...Slalu g tengok orang lain sakit kat hospital, this time orang lain pulak datang tengok I...huhu..





First time yang terakhir >>terpaksa berjauhan ngan Mr Hubby...Yang nie memang I sedey sangat...Sepanjang kitorang kahwin selama 2 tahun nie, tak pernah sekalipun kitorang berjauhan...Nie first time ok...Even kalau Mr Hubby outstation pun, I slalu ikut skali....Kali nie, nak wat macam mana kan, I berpantang kat rumah parents I kat Penang and Mr Hubby terpaksa balik bekerja kat KL.. Hujung minggu baru Mr Hubby balik Penang... Sedey tau, asyik rindu je kat Mr Hubby...huhu...Nasibla ada Fly Junior nie...Tak sabar dah I nak habiskan tempoh berpantang nie...Nak balik KL, rindu kat Mr Hubby!! Huhuhu...

Cheers!!