8 January 2013

Usaha Untuk Mendapatkan Baby : LPPKN



Assalamualaikum semua :) This entry I nak share about my experience going treatment with LPPKN (which actually I didn't complete the treatment pun coz I dah pregnant). Bila usia perkahwinan dah almost 1 year & ramai sangat yang asyik tanya pasal baby, I ajak Mr Hubby g check up kat LPPKN. I choose LPPKN coz I dengar ramai yang berjaya mendapatkan baby bila dapat rawatan kat sana. Luckily, Mr Hubby pun ok je bila I ajak.

So, we start our check up / treatment with LPPKN on 2nd February 2012. Before pergi sana of course la kena call dulu and set the appointment date. Then, the staff there will advise what we should do before pergi sana. Apa yang I still ingat, we cannot make love for at least 3 days before the date. First time check up, both husband & wife kena datang together. 



After registration semua, Mr Hubby kena naik tingkat atas. There, dorang akan check husband's sperm (the quality & quantity as well). This is the reason why we cannot make love for at least 3 days. Macam mana they keluarkan sperm tue, apa yang Mr Hubby cerita, dorang masukkan Mr Hubby dalam 1 bilik and tayang 'adult video' & Mr Hubby kena keluarkan semen & tadah dalam 1 bekas.

As for myself, I kena stay je kat tingkat bawah untuk check up yang lain. Dorang ambil sample darah untuk test hormon & sebagainya. Actually, kena datang balik untuk test darah masa period hari yang ke 2 atau 5, but luckily I memang period hari ke-2 at that day, so terus settle 1 part. Bila Mr Hubby turun, Mr Hubby pun kena ambil sample darah.

Then, staff kat situ minta kami call 1 klinik x-ray nie(Klinik x-ray nie nearby je ngan LPPKN) untuk set appointment for x-ray HSG. X-ray nie tak salah I kena buat sebelum hari ke-10 period. Tujuan x-ray nie adalah untuk tengok if our fallopian tube is ok or not. Ada tersumbat ke tak ke. And if ada tersumbat sikit, by doing HSG x-ray nie, dia boleh clearkan apa yang tersumbat tue.

So, on 8th February 2012 I pun buat la x-ray HSG nie. Ngeri la jugak bila kena experience benda tue. Doktor akan masukkan 1 alat (I think camera) dalam Miss V kita. Then, (through monitor) I nampak ada cecair yang dimasukkan dalam my rahim. Doktor minta I mengiring sebelah kanan, then I nampak the liquid tue pun mengalir kat fallopian tube sebelah kanan. Then doktor minta I mengiring sebelah kiri pulak. Memang rasa senak bila dorang masukkan benda tue. I rasa macam nak pitam pun ada. Habis je dorang xray, nurse bagi pad sebab normally akan ada sedikit bleeding. Doktor pun bagi xray result and I need to bring the result when consultation session with LPPKN's doctor.

Habis cerita pasal HSG, on 20th February 2012, I kena datang alone to LPPKN coz dorang nak ambil sample darah lagi. Dorang kena ambil darah masa period hari ke-19 / 20. This time, just darah wife je yang dorang ambil. Sekejap je, sebab just ambil darah.

Next appointment, kena jumpa doktor untuk consultation. Doktor akan explain pasal result x-ray HSG and treatment yang doktor fikir sesuai untuk kita. On 20th March 2012, kami pun jumpa our doctor (Dr Abd Ghafar). Doktor cakap Mr Hubby memang takder masalah langsung. Sperm active, quantity cukup & quality pun bagus. But for myself, I have hormon problem. My hormon tak stabil. And based on result HSG x-ray, doktor kata my fallopian tube pun tak sama saiz. For both kanan & kiri, separuh tube saiz kecil and separuh tube saiz besar. Doktor kata sepatutnya kena saiz kecil sahaja. Doktor kata, kalau situasi macam nie, takut nanti I akan pregnant luar rahim. OMG, I sangat upset dengan result nie.. Hati ini hanya Allah yang tahu macam mana perasaannya. I tak nak menangis depan Mr Hubby, sebab I rasa dia pun sedih.

So, doktor pun suggest a few treatment yang sesuai dengan kita:
     
     1)Doktor akan bagi I makan ubat untuk hasilkan telur yang lebih. Means, ubat tue akan tolong keluarkan 4 biji telur sekali period cycle. Mr Hubby tak perlu dibuat apa-apa. By this way, possibility untuk dapat anak bukan sahaja ada, malah untuk dapat kembar pun chances nya agak tinggi.

     2) Cara yang lebih kurang sama dengan cara 1. I akan makan ubat hasilkan banyak telur. Dalam masa yang sama, doktor akan ambil sperm yang berkualiti from Mr Hubby and senyawakan dalam rahim I pada waktu subur. Possibility untuk nak dapat baby by this way lebih tinggi berbanding cara 1.

     3) Jika dua-dua cara dah dicuba beberapa kali tapi masih tak dapat, doktor akan suggest persenyawaan luar rahim. Doktor akan keluarkan telur wife and husband's sperm and senyawakan di luar. Bila dah disenyawakan, dia akan masukkan telur yang dah disenyawakan dalam rahim wife balik. The third way nie doktor tak berapa galakkan sebab sangat costly tapi chances nak dapat baby lebih tinggi.

So, what happen to us...we delay the treatment until June (sebab terlalu bz dengan urusan seharian). In July (when my first day period), I called the LPPKN to set an appointment for the first treatment. But, masa tue bulan puasa. The staff there bagitau dorang tak buat treatment masa bulan puasa. So, I kena call balik after raya. Frust la jugak sebab I dah excited sangat nak dapat baby masa tue.

After raya pulak, kena la tunggu first day period baru boleh call untuk set an appointment. Tapi I still tak period jugak even dah lebih 1 bulan raya. And guess what, the good news is I dah pun PREGNANT!!! So, that's why la I tak complete the treatment there. :)

Cheers!!!


1 comment:

  1. DEAR ... omg im crying reading this until at the last line... u mentioned u PREGNANT !
    i was getting through this story too in my real life... n follow up to LPPKN.
    What curious me most, is.. the hsg xray result.
    I baru nak refer back to lppkn for this
    Pliz pray for me too ya
    Hoping i have 'mybaby' soon
    InsyaAllah

    ReplyDelete