Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan zuriat sendiri. Yes, baby nie salah satu rezeki dari Allah Taala, tapi sebagai hambaNya kita pun kena la berusaha sedaya yang termampu untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Kata orang, usaha dan doa perlulah disertakan juga dengan tawakal kepada Yang Esa kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita & Dia lah sebaik-baik perancang untuk kita.
So, for kawan-kawan yang masih berusaha untuk mendapatkan baby, jangan putus asa, jangan mengalah & jangan pernah berhenti berdoa. Teruskan berusaha dan berdoa, insya Allah satu hari nanti Allah akan kabulkan juga doa kita.
As for myself, I dah berkahwin for one and a half year (I kahwin on 11 March 2011), baru I disahkan pregnant. Dah macam-macam usaha dilakukan untuk mendapatkan zuriat. Memang teringin sangat nak anak sendiri. Paling sedih & terasa bila ramai saudara & kawan-kawan dah mula tanya sama ada dah pregnant atau belum. Jeles pulak bila tengok ramai member yang baru je kawin terus pregnant. I pun pernah terlintas untuk ambil anak angkat je, tapi Mr Hubby tak nak bcoz dia kata anak angkat tak sama macam anak sendiri.
So, this time I nak share about my usaha (dari segi pemakanan) untuk mendapatkan baby. Actually, macam-macam usaha I dah buat untuk mendapatkan zuriat nie, termasuklah dari segi pemakanan, perubatan, hubungan sewaktu bersama suami, hubungan dengan orang sekeliling dan macam-macam lagi la. But, this post I will concentrate on pemakanan. Next time, I will share about usaha yang lain k... :)
I pun banyak ambil nasihat, pengajaran, panduan & pengalaman dari member-member & orang-orang yang lebih berpengalaman. So, dari segi pemakanan, inilah yang I dah ikhtiarkan:
1)Susu kambing
Susu kambing ni I akan minum every morning. Walau tak tahan bau dia sekalipun, I gagahkan juga. Mr Hubby akan beli 14 botol untuk stok 2 minggu. Susu kambing nie boleh tahan as long as kita letak dalam freezer. I akan make sure everyday ada 2 botol simpan kat chiller, yang lain semua akan disimpan kat freezer. 2 minggu sekali Mr Hubby akan beli susu kambing dari sorang pakcik di Ampang, satu botol dalam RM4.50.
susu kambing yang Mr Hubby beli
Susu kambing nie kena make sure yang betul-betul perah dari kambing. Actually, yang bentuk serbuk tu tak digalakkan sangat sebab khasiatnya pun dah berkurangan, sebab dah dijadikan dalam bentuk serbuk kann.. I amalkan susu kambing nie sampai la I dah disahkan pregnant. Once dah disahkan pregnant, I stop sekejap sebab kata orang susu kambing nie panas.
2) Madu
Madu I akan minum setiap petang lepas balik kerja. Bancuh je madu ngan segelas air suam, terus minum. Kalau boleh kena la ambil madu yang original, atau at least yang campuran gula nya tak banyak sangat. I ambil madu dari Yummy House, tapi harganya agak overprice. Disebabkan taste dia yang sedap & rasa macam tue madu original (since dia takder expired date, warna madu yang berbeza walaupun dari sama jenis, rasa nya tak berasid), I continue je amek madu tue.
3) Buah hawa / buah zuriat
Buah hawa nie Mr Hubby beli dari satu kedai arab sebelah Pertama Complex (kat Medan Mara kot). Nama kedai tue Al Dukan Al Arabi. Murah je harga dia, dalam RM 5 sepasang. Kalau ada yang jual sampai berpuluh-puluh ringgit tue, lupakan je la. Buah nie from Mekah. Kalau kat Mekah harganya dalam RM 0.60 sebiji.
buah hawa
Buah hawa nie seakan-akan buah kelapa. Kulitnya sangat keras dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk mengopeknya. Dalam sabut tue ada macam tempurung kecil, then dalam tempurung tue ada isi yang berwarna putih.
buah hawa yang telah dibelah
Mr Hubby terpaksa menggunakan parang untuk mengopek buah hawa nie. Lepas dah dibuang sabutnya, I rebus buah hawa tue. I buat 2 cara, 1 cara I pecahkan tempurung buah hawa tue then rebus isi warna putih tue and 1 lagi cara I tak pecahkan tempurung buah hawa tue tapi terus je I rebus tempurung tue. Air rebusan akan bertukar kepada warna oren keperangan.
Sebelum nak minum air nie, better tapis dahulu air rebusan tue. Bcoz tak nak la kita terminum sekali dengan habuk-habuk kecil dari buah tue. Takut nanti akan dapat penyakit lain lak.
Ada yang cakap better minum selama 40 hari, tapi I belasah je minum walaupun dah over 40 hari. I amalkan setiap malam sebelum tidur. Mr Hubby pun minum juga. Sejauh mana keberkesanan buah nie, kita tawakal je la kepada Yang Esa.
4) Debunga Kurma
Debunga kurma nie pun I beli from kedai arab kat Medan Mara (Al Dukan Al Arabi). Harganya RM25.00 sebotol. Debunga kurma nie dalam bentuk serbuk. So, cara nak buatnya >> Kita ambil serbuk debunga kurma nie, campur sedikit dengan air masak (air tue sangat sedikit). Then, agak adunan tue dah boleh dibentuk, buat bulat-bulat ala-ala makjun. Bila dah buat akan dapat banyak biji juga la. So, I just keep dalam chiller je. Setiap malam sebelum masuk bilik nak tidur, I and Mr Hubby akan telan seorang sebiji.
5) Pantang makanan yang tajam
Yang nie haruslah kann...Makanan yang tajam macam nenas, cuka, minuman bergas & etc memang patut dielakkan. I memang tak ambil langsung makanan yang I rasa macam 'tajam' ni sejak I memang nak sangat baby.
Oklah, pada kawan-kawan yang masih mencuba, teruskan berusaha, berikhtiar dan berdoa. Yakinlah dengan ketentuan Yang Esa. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama meramaikan umat Adam di muka bumi ini.
Cheers!!!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesalam sis, nak tanya.. susu kambing tu ampang dekat mana ya? ada nombor pakcik tu tak?
ReplyDeletewsalam sis...sory ye baru reply sebab beberapa bulan nie bz sangat... ;P huhu... Hari tue I cuba call pakcik tue, tapi dia dah tak guna number tue... I dapat number pakcik tue pun through mudah.my je... Maybe sis boleh cuba cari melalui sana... :)
Delete